Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

CUKTECH Lancar 3 ‘Power Bank’ Baharu, Harga Serendah RM69

Posted on November 7, 2025

Jenama teknologi generasi akan datang, CUKTECH telah mengumumkan pelancaran rasmi tiga produk terbarunya iaitu, CUKTECH CP24 , CUKTECH CP24 dan CUKTECH 10 Pengecas Kereta.

CUKTECH CP24

Didatangkan dengan kapasiti 20,000mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga tiga peranti sekali gus. Ia juga dilengkapi dua port USB-C dengan output Maksimum 40W, dan port USB-A dengan output Maksimum 33W.

Dua port kabel ini adalah untuk memastikan keserasian bank kuasa dengan telefon pintar, tablet serta komputer riba terkini.

Ia juga mempunyai kabel USB-C bersepadu yang mampu menampung sehingga 40W. Kabel ini boleh digunakan untuk mengecas atau membekalkan kuasa kepada peranti lain, menjadikannya lebih praktikal.

Rekaan bank kuasa ini mengambil kira ketahanan, kabelnya diperbuat daripada TPE yang fleksibel dan tidak licin serta telah menjalani ujian yang ketat.

Beratnya yang hanya 449.5g menawarkan kemudahan untuk pengguna membawanya ke mana sahaja.

CUKTECH CP24

Bank Kuasa ini pula hadir dengan kabel USB-C dan kabel Apple MFi Lightning yang dibina terus ke dalam produk. Dengan ini, pengguna tidak perlu membawa kabel pengecasan berasingan dan ia menjamin keserasian yang lancar merentasi ekosistem iOS dan Android.

Berkapasiti 20,000mAh dengan 40W pengecasan pantas. Rekaan yang lebih ringan pada 359.2g, menjadikannya teman terbaik untuk perjalanan harian. Juga dilengkapi pensijilan CCC penuh bagi memastikan kebolehpercayaan, keselamatan dan pematuhan piawaian kualiti.

CUKTECH 10 Pengecas Kereta

Dengan jumlah output 100W merentasi dua port USB-C dan satu port USB-A, ia dikatakan penyelesaian pengecasan dalam kereta yang canggih. Ia menampilkan kabel USB-C boleh tarik balik terbina dalam dengan pengecasan pantas sehingga 90W. Direka dengan paparan LED pintar yang menunjukkan watt pengecasan masa nyata dan juga berfungsi sebagai monitor voltan bateri kereta.

Bagi memastikan prestasi dan perlindungan optimum semasa memandu, pengecas ini dikuasakan oleh ciri keselamatan pintar, termasuk sensor suhu berganda dan sistem perlindungan 7 dalam 1. Teknologi Auto Smart-Charge pula membolehkan pengecas menyesuaikan diri secara automatik dengan peranti-peranti terkini.

Jualan Mega Berganda 11 Malaysia

Bersempena jualan ini, CUKTECH melancarkan produk terbarunya dengan harga eksklusif:

  • CUKTECH CP24 Bank Kuasa dengan Kabel Terbina Dalam – RM69
  • CUKTECH CP24 Bank Kuasa dengan Kabel Terbina Dalam Berganda – RM101

Kempen Double 11 yang berlangsung dari 7 hingga 13 Novemberpula  akan menampilkan diskaun sehingga 50%. CUKTECH juga akan menjadi antara jenama utama dalam “Acara 6 Jam Gila” pada 10 November dari pukul 8 malam hingga 2 pagi. Acara ini menawarkan hadiah kejutan, kupon diskaun berganda dan tawaran kilat masa terhad.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress