Cubaan Menggodam Berjaya: Maklumat Peribadi Selebriti Dijual Di Laman Sesawang Gelap

Penggodam dikatakan telah menjual jutaan butiran peribadi pemilik akaun Instagram termasuk selebriti di laman sesawang carianm Doxagram. Mereka dikatakan menjual dengan harga RM 42 setiap satu carian.

Beberapa saluran media dan firma keselamatan melaporkan yang beberapa akaun selebriti seperti Emma Watson, Emilia Clarke dan Taylor Swift dan lain-lain terjejas akibat godaman tersebut.

Awal minggu ini, Instagram telah memdedahkan bahawa penggodam telah mengambil kesempatan terhadap bug yang terdapat dalam sistem API mereka bagi mendapatkan nombor telefon dan alamat e-mel pengguna-pengguna 'besar' mereka. Mereka telah pun membaiki kelemahan tersebut dan sedang bekerjasama dengan anggota penguatkuasa berkenaan perkara tersebut.

Dikatakan sekurang-kurangnya 500 selebriti terkenal terjejas akibat godaman tersebut. Serangan tersebut meningkatkan lagi kesedaran tentang bahaya laman sesawang gelap yang boleh digunakan untuk niat yang jahat.

Tidak maklumat yang selamat di laman sesawang gelap ini dan urusan jual beli maklumat berlaku setiap hari dan setiap masa.

Sumber

Berkaitan