Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF Phone 1 Bakal Rasmi Bulan Hadapan

CMF Phone 1 Bakal Rasmi Bulan Hadapan

Diterbitkan Jun 18, 2024 oleh Amsyar Latif

Sub-jenama daripada Nothing, CMF sedia melancarkan telefon pertama mereka, CMF Phone (1). Ia bakal membuat penampilan sulung pada 8 Julai 2024 depan. Bukan itu sahaja, bersama-samanya nanti, dua lagi produk di bawah jenama sama turut dilancarkan, iaitu CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2.

Walaupun CMF tidak mendedahkan rekaan rasminya, ura-ura mendakwa yang ia adalah telefon versi bajet, mirip Nothing Phone (2a). Namun, tiada kehadiran lampu Glyph LED. Ia diganti dengan rupa lebih minimalis dan juga dikhabarkan mempunyai tombol boleh putar seperti yang ditawarkan pada fon telinga Bluetooth CMF Neckband Pro.

https://x.com/cmfbynothing/status/1802989631635411210

Dari segi spesifikasi, berkemungkinan ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300, konfigurasi 8GB RAM dengan storan 128/256GB dan skrin berukuran 6.67 inci FHD+ OLED dengan sokongan kadar segar semula 144Hz.

CMF Phone 1 Bakal Rasmi Bulan Hadapan

Kamera utama mungkin 50MP dengan satu lagi lensa belakang. Sementara kamera swafoto pula 16MP. Melengkapkannya lagi, bateri sebesar 5000mAh, pengecasan 33W dan dijangka menjalankan Nothing OS berasaskan Android 14.

Buat masa sekarang, ini sahaja maklumat yang diketahui dan sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • (Ulasan) Nothing Phone (2a) - Android Terpaling 'Smooth' Tapi Kamera Mengecewakan
  • Carl Pei: Nothing Phone (3) Akan Hadir 2025 Dengan Ciri AI

Sumber: CMF by Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY