Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Clubhouse Nafikan Dakwaan Data Pengguna Bocor

CEO Clubhouse Nafikan Dakwaan Data Pengguna Bocor

Diterbitkan April 12, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, isu kebocoran data yang melibatkan profil pengguna Facebook dan LinkedIn telah hangat diperkatakan. Terbaru, giliran Clubhouse pula didakwa mempunyai isu yang sama di mana ia melibatkan kebocoran 1.3 juta data pengguna dan boleh diakses secara percuma.

Antara data tersebut termasuk ID pengguna, nama pengguna, nama profil Instagram dan Twitter, jumlah pengikut, tarikh akaun dicipta dan sebagainya.

data Clubhouse

Akan tetapi, CEO Clubhouse Paul Davison kini menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan dakwaan data pengguna aplikasi itu dibocorkan adalah mengelirukan dan palsu.

https://twitter.com/joinClubhouse/status/1381066324105854977

Menurut Clubhouse, aplikasi itu tidak pernah digodam dan data yang disenaraikan merujuk kepada maklumat profil yang dipaparkan secara umum daripada aplikasi, di mana semua pengguna boleh mengaksesnya melalui aplikasi Clubhouse dan API.

Sumber: Clubhouse, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY