Cip M1 Terlalu "Power" Untuk iPad Pro

Mula diperkenalkan pada penghujung April, iPad Pro 2021 tampil dengan cip pemprosesan berkuasa daripada Apple, iaitu M1. Ia kini sudah boleh dibeli secara rasmi di Malaysia.



iPad Pro baharu ini ditawarkan dengan dua varian, iaitu 11 inci dan 12.9 inci. Walaupun kedua-duanya membawa nama Pro, akan tetapi dua saiz tersebut mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza.

Baca juga - iPad Pro Baharu Diperkenal, Tampil Dengan Cip M1

Paling ketara yang dilihat adalah pada varian 12.9 inci yang dilengkapi skrin lebih cantik serta berkuasa kerana buat pertama kali teknologi miniLED digunapakai.



"Liquid Retina XDR Display", itulah yang Apple namakan bagi iPad Pro 12.9 inci dimana anda menikmati sesuatu yang belum pernah dirasai.

Tidak cukup dengan itu, tumpuan utama pada barisan tablet ini semestinya adalah cip M1. Mengapa kami mengatakan ia terlalu berkuasa (power) untuk iPad Pro?

Sebab utama adalah mereka menjalankan sistem operasi iPadOS yang mana jauh sekali jika nak dibandingkan dengan macOS.

Walaupun Apple mengatakan sistem operasi tersebut sudah dioptimakan untuk tablet tetapi ia masih lagi banyak kekurangan.

Kapsyen: iPadOS


Walau bagaimanapun, Apple ada memberitahu dimana mereka akan memberi penambahbaikan yang ketara buat sistem operasi tersebut dan akan diumumkan semasa acara WWDC yang bermula pada 7 Jun.

Baca juga - Acara Apple Akan Diadakan Selama 5 Hari Bermula 7 Jun Ini

Sekiranya anda berkira-kira untuk memiliki iPad Pro M1 ini, anda perlu bertanya pada diri sendiri sama ada adakah ia keperluan atau kehendak semata-mata.

Ini kerana tablet tersebut lebih mensasarkan buat golongan kreatif atau pencipta kandungan (content creator) yang banyak melakukan kerja-kerja penyuntingan.

Selain itu, banyak aplikasi yang digunakan golongan ini seperti Procreate, Staffpad, Swingvision, LumaFusion, Adobe Lightroom dan Photoshop telah dipertingkatkan prestasi serta memudahkan kerja-kerja tersebut.

Baca juga - Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6



Oleh itu, jika anda hanyalah pengguna yang biasa seperti melakukan tugasan menggunakan pelayar atau aplikasi seperti Microsoft Office tetapi masih mahu membuat pelaburan yang tinggi, Macbook Air M1 boleh dijadikan pilihan terbaik.

Seperti diketahui, harga jualan rasmi bagi iPad Pro M1 11 inci adalah bermula RM3499. Sementara varian berkuasa bermula RM4799 dan boleh menjangkau ke RM10399.