Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei matebook d15

Tempahan Awal Huawei MateBook D15 Dibuka Dengan Harga RM2499

Diterbitkan April 17, 2023 · Dikemas kini April 17, 2023 oleh Amsyar Latif

Huawei hari ini mengumumkan kehadiran komputer riba popular mereka, MateBook D15 ke pasaran Malaysia.

Kali ini Huawei mengatakan ia lebih berkuasa kerana komputer riba tersebut dijana cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5700U yang mana dipadankan bersama-sama grafik AMD Radeon, memori 8GB serta storan dalaman 512GB SSD.

MateBook D15 mempunyai paparan seluas 15.6 inci beresolusi 1080p FHD dengan panel IPS, nisbah skrin ke badan 87% dan panel yang diperakui TÜV Rheinland.

Tempahan Awal Huawei MateBook D15 Dibuka Dengan Harga RM2499

Dengan bateri sebesar 56Wh, Huawei mengatakan ia mampu bertahan sehingga 9.1 jam. Selain itu, ia turut dilengkapi port USB-C, USB3.2 Gen1, HDMI, bicu audio dan 2x USB2.0.

Bagi yang berminat, MateBook D15 dijual pada tanda harga RM2,499 dan pra-tempah dibuka bermula hari ini sehingga 30 April.

Dalam tempoh tempahan awal ini juga, pembeli yang berbuat demikian bakal dapat diskaun sebanyak RM100 dan hadiah yang bernilai sehingga RM690.

Sumber: Siaran Akhbar Huawei

Berkaitan

  • TNG eWallet Bawakan 'Equal' Dalam Money Packet, Agihan Duit Raya Sama Rata Untuk Semua
  • Pakel Time MyKabel Kini Libatkan 100Mbps, 500Mbps Dan 1Gbps Bermula RM69/Bulan
  • ROG Ally Disahkan Bakal Tersedia Untuk Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY