Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Datin Mohana – Pengerusi CFM 2019-2021

CFM Merekodkan Peningkatan Aduan Isu Rangkaian Sehingga 358%

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh ariff bukhari

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-20 mereka yang berlangsung Disember tahun lalu mendedahkan Separuh tahun pertama 2020 merekodkan sejumlah 22,552 aduan isu rangkaian yang diterima oleh CFM.

Jumlah itu sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 358% berbanding sejumlah 4,922 aduan yang direkodkan pada tahun 2019 dahulu mengenai isu yang sama.

Aduan berkaitan liputan 4G LTE yang lemah merupakan subkategori tertinggi dengan sejumlah 12,951 aduan telah direkodkan dalam separuh tahun pertama, sekaligus menunjukkan peningkatan permintaan dan keperluan untuk meningkatkan liputan 4G/LTE.

Untuk makluman, CFM kini hanya mengendalikan aduan yang dibuka semula di bawah bidang kuasa Kod Amalan Pengguna Am (GCC) dari separuh kedua 2020 lalu.

CFM tidak lagi mengambil aduan mengenai isu rangkaian yang disalurkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mulai dari itu.

Sumber: Consumer Forum Malaysia

Baca juga:

Anda Wajib Tanya 8 Soalan Ini Kepada Telco Sebelum Langgan Perkhidmatan Mereka

Facebook MCMC Diserang Netizen Kerana ‘Post’ Tip Rangkaian Bermasalah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY