Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Home Fibre carnival – Visual 2

Cepat Daftar Dan Nikmati Maxis Home Fibre Dengan Percuma Selama 6 Bulan

Diterbitkan Februari 9, 2023 oleh ariff bukhari

Maxis kini sedang menawarkan tawaran istimewa di mana anda boleh menikmati fiber percuma selama 6 bulan apabila mendaftar untuk Maxis Home Fibre.

Tawaran menarik ini ditawarkan dalam tempoh yang terhad sempena jelajah Maxis Home Fibre pertama yang berlangsung di 2 pusat beli-belah utama di Lembah Klang iaitu 1 Utama (Main Concourse, Old Wing) dari 9 hingga 12 Februari 2023 dan Sunway Pyramid (Orange Concourse) yang akan diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2023.

Maxis Home Fibre carnival – Visual 1

Tawaran fiber percuma selama 6 bulan ini adalah khusus untuk Pelanggan Maxis Postpaid yang mendaftar untuk Maxis Home Fibre semasa acara itu berlangsung.

Selain tawaran itu, pelanggan baharu Maxis Home Fibre pula boleh menikmati WiFi Max oleh Maxperts selama 6 bulan secara percuma.

Tidak setakat itu, pelanggan yang mendaftar semasa jelajah itu juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk TV QLED Samsung 65”, TV LG UHD 50”, Sony PS 5 dan bar bunyi Samsung.

Sepanjang jelajah Maxis Home Fibre itu juga, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang menghiburkan termasuklah:

  • Zon Permainan: Uji kemahiran anda di PlayStation®5 dan alami WiFi pantas dengan penghala WiFi 6
  • Mesin Cakar Manusia: Cuba mesin cakar dengan anak anda dan menangi hadiah
  • Studio Tarian Keluarga: Ketahui cara menari dan mengambil video seperti pro
  • Sudut Maxperts: Libatkan Maxperts Maxis untuk memahami cara memaksimumkan liputan WiFi rumah anda dari setiap sudut, dengan lebih baik
  • Meet and Greet: Penampilan khas oleh Dinocorn, rakan ceria Maxis Home Fibre

Berkaitan

  • 22% Lebih Murah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diperkenal Dengan Harga RM69/Sebulan
  • Enjin X50 Kini Boleh Dihidupkan Hanya Dengan Kawalan Dari Jam Pintar
  • Universiti AI Pertama Di Dunia Rai 52 Graduan Sulung

Sumber: Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY