Seperti contoh, Xiaomi Mi 6 yang dikuasakan oleh Snapdragon 835 diperkenalkan pada harga RM1899. Manakala beberapa peranti lain yang turut menggunapakai cip pemprosesan sama dijual dengan harga yang lebih tinggi.
Bagaimana Xiaomi mampu menawarkan peranti pada harga rendah?
Menurut CEO syarikat, Lei Jun, sebab utama syarikat itu berupaya menawarkan peranti pada harga yang murah adalah kerana mereka menjualnya 1.5 kali ganda dari kos pengeluaran. Berbeza dengan syarikat pengeluar yang lain dimana ada yang menjual 2.5 kali ganda dari kos peranti itu dihasilkan.
Harga jualan sesuatu produk itu biasanya ditentukan berdasarkan beberapa aspek seperti kos bahan mentah, penghasilan, penyelidikan, margin keuntungan dan beberapa kos lain. Bagi membolehkan Xiaomi menawarkan peranti dengan harga yang berpatutan, Jun menyatakan syarikat beliau menurunkan margin keuntungan.
Selain daripada itu, syarikat tersebut turut menghasilkan peranti dalam jumlah besar supaya bahan mentah dapat dibeli secara borong dengan harga yang lebih murah, seterusnya mengurangkan kos penghasilan.
Lei Jun juga memberi contoh pada awal pengeluaran powerbank, mereka mengeluarkannya dengan kualiti yang rendah dan didagangkan pada harga 200 Yuan (~RM123). Selepas itu mereka memperkenalkan pula Powerbank yang lebih berkualiti tinggi serta dijual pada harga 69Yuan (~RM42) dan tidak sampai setahun Xiaomi berjaya memegang pasaran dan menjadi nombor satu di China.
Sumber: Kompas.com
Berkaitan
- Facebook Akan Tapis Perkongsian Berunsur Meminta Like, Share Atau Komen.
- Buat Perbandingan Harga Barangan Melalui Aplikasi "Paparan Harga" Dari KPDNKK
- Nokia Lanjutkan Tempoh Kemaskini Sekuriti Untuk Beberapa Model
- Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
- Yoodo Sudah Mula Tawar Perkhidmatan eSIM, Sedia Digunakan Pada Tiga Model Telefon Pintar Ini
- Pre-Order Huawei Vision S Dan Dapat Hadiah Bernilai Sehingga RM698
- Pengguna Unifi Kajang Mungkin Terjejas Akibat Kabel Terputus
- Spesifikasi Xiaomi Pocophone F1 Sudah Terlihat, Cip Snapdragon 845 Dan Rakaman Foto Low-Light Yang Lebih Baik
- Swiftkey Untuk Android Bakal Menambah Sokongan Pencarian GIF
- Beberapa Pengguna CIMB Mengadu Wang Mereka Ditolak Melalui Transaksi PayPal