Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi December Hari Gaji Specials

CelcomDigi Tawar 5G Booster Percuma Untuk Prabayar Dan Pascabayar Internet Tanpa Had

Diterbitkan Disember 19, 2023 ยท Dikemas kini Disember 19, 2023 oleh ariff bukhari

CelcomDigi meraikan hujung tahun dengan tawaran 5G istimewa bermula hari ini 19 Disember sehingga 22 Disember 2023.

Menerusi kempen Hari Gaji Istimewa selama empat hari itu, CelcomDigi menawarkan kepada pelanggan mereka dengan pelbagai tawaran 5G Booster.

Untuk pelanggan Prabayar, CelcomDigi menawarkan 5G Booster PERCUMA dan Internet Tambahan 30GB dengan Celcom XPAX Unlimited 38 dan ke atas atau Digi NEXT 35, eksklusif melalui Boost & ZCity.

657faf46875d135ceed51b36_Digi_Hari Gaji Specials December_PromoMainBanner_Prepaid_EN_760x480

Tawaran ini membolehkan pengguna Prabayar Celcom XPAX dan Prabayar Digi menikmati 5G Booster percuma dengan Internet 30GB selama 7 hari apabila mereka menggunakan aplikasi Boost, Touch ‘n Go atau ZCity untuk melanggan Celcom XPAX Unlimited 38 ke atas atau Prabayar Digi NEXT 35 dan ke atas.

Pengguna Celcom XPAX Prepaid dan Digi Prepaid juga akan mendapat kuota Internet sebanyak 2X apabila mereka melanggan mana-mana 5G Booster melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

Screenshot 2023-12-19 162240

Untuk pelanggan Pascabayar CelcomDigi pula, anda dapat menikmati Internet TANPA HAD dengan 5G Booster.

Pengguna Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid boleh menikmati kelajuan ultra tinggi apabila mereka memilih 5G Booster dengan Internet Tanpa Had selama 7 hari pada harga hanya RM15.

CelcomDigi Tawar 5G Booster Percuma Untuk Prabayar Dan Pascabayar Internet Tanpa Had

Untuk membeli Penggalak 5G, pengguna Celcom boleh mendapatkannya melalui aplikasi Celcom Life, manakala pengguna Digi boleh melakukan perkara yang sama melalui aplikasi MyDigi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran-tawaran ini, sila layari Hari Gaji Specials | 5G Booster | Digi Prepaid & Digi Postpaid dan Celcom | Discover Offers for Devices, Postpaid and Prepaid.

Berkaitan

  • Hanya RM20/Bulan, OK VISION, TV Satelit Prabayar Baharu Di Malaysia
  • U Mobile Perkenal U Home Fibre Baharu, Langganan Sedia Ada Turun Harga
  • HONOR X7b Dan X8b Akan Tersedia 22 Disember Ini Dengan Harga Serendah RM799

Sumber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY