Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
683673cd82a7d66a4e8e97e1_6836738591e773ab0b43bd2b_CelcomDigi Press Release_introduces AI language chatbot, Maya_280525

CelcomDigi Perkenal Maya, Bot Sembang Berkuasa AI Hidupkan Bahasa Iban Dan Dusun

Diterbitkan Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Menjelang sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, CelcomDigi memperkenalkan inisiatif #SemaikanJalinan dengan pelancaran Maya, chatbot berasaskan AI yang dibangunkan bersama Replyr.ai.

Ia direka untuk mengajar dan menghidupkan semula bahasa ibunda Borneo seperti Iban dan Dusun sebagai teman digital untuk membantu generasi muda mengenali kembali bahasa warisan mereka.

Disampaikan dalasm bentuk cerita menerusi filem pendek bertajuk Maya, ia mengisahkan seorang gadis Iban yang berusaha memelihara bahasa kaumnya setelah menyedari ia semakin dilupakan.

Ketua Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, menekankan pentingnya bahasa sebagai teras budaya dan identiti, serta keperluan untuk memelihara bahasa tempatan daripada pupus.

Usaha CelcomDigi menggabungkan teknologi dan inovasi untuk bukan sahaja menghubungkan rakyat melalui jaringan komunikasi, tetapi juga melalui warisan budaya dan identiti yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang harus dipuji dan menjadi contoh.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY