Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan – CelcomDigi

Pelanggan CelcomDigi Diingatkan Selesaikan Bayaran Bil Secara Atas Talian Sebelum 14 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 10, 2024 · Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi hari ini memaklumkan notis penting khsus untuk pelanggan Digi di mana akan ada peningkatan sistem Digi yang dijadualkan dari 9:00 malam pada 14-Okt-2024 hingga 9:00 pagi pada 15-Okt-2024.

Ekoran itu, akan berlaku perkhidmatan yang akan tergendala semasa peningkatan sistem ini meliputi:

  • Aplikasi MyDigi
  • Laman Web MyDigi
  • Digi Online Store
  • Kios Digi
  • Kedai CelcomDigi/ Celcom bluecube/ Kedai Digi
  • Portal MyDigi Business
  • UMB (* <kod pendek> #  untuk mengakses menu servis kendiri)
  • Pendaftaran baru (termasuk pendaftaran talian keluarga)
  • Penukaran pelan
  • Pembelian value-added services (termasuk melalui UMB)
  • Pembelian dari Apple App Store/ Google Play Store/ Huawei AppGallery melalui Digipay
  • Langgan dan aktifkan pas perantauan
  • Pembelian add-on/ kontrak peranti/ kontrak perkhidmatan
  • Pelanggan CelcomDigi Diingatkan Selesaikan Bayaran Bil Secara Atas Talian Sebelum 14 Oktober Ini
  • Penamatan perkhidmatan
  • Penggantungan talian akibat kehilangan dan kecurian
  • Penukaran kad SIM/ MSISDN
  • Semakan kuota/ baki
  • TalkTime Services
  • Pengurusan talian keluarga
  • Pembaharuan Langganan Digital
  • Perkhidmatan fiber dan 5G Home WiFi
  • Perkhidmatan Port-in atau Port-out (MNP)
  • Perkhidmatan Perantauan

Ekoran itu, para pelanggan Digi diingatkan untuk membuat pembayaran, tambah nilai, dan menyelesaikan sebarang transaksi perkhidmatan yang penting sebelum 13-Okt-2024 bagi memastikan pengalaman lancar semasa peningkatan sistem dijadualkan.

Pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil secara atas talian juga perlu melangsaikan bayaran sebelum 14 Oktober ini.

WhatsApp Image 2024-10-10 at 10.56.11

Walau bagaimanapun, CelcomDigi menyatakan, tiada gangguan ke atas perkhidmatan panggilan suara, teks mesej, dan Internet untuk pelanggan Digi. Perkhidmatan Celcom juga kekal tersedia seperti biasa.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • 5 Telefon Skrin AMOLED Bawah RM1000
  • Pelanggan Pascabayar Maxis, Hotlink Akan Terima Naik Taraf Kuota Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY