Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Beberapa Perkhidmatan Digi Ini Akan Tergendala Pada 14 Hingga 15 Oktober

Posted on Oktober 4, 2024Oktober 4, 2024

Berikutan notis yang telah dikeluarkan CelcomDigi, pelanggan dinasihatkan untuk bersedia menghadapi peningkatan sistem yang dijadualkan berlangsung dari 9 malam, 14 Oktober hingga 9 pagi, 15 Oktober 2024.

Dalam tempoh ini, walaupun panggilan suara, SMS, dan perkhidmatan Internet akan kekal aktif, beberapa saluran dan perkhidmatan akan tidak dapat diakses buat sementara waktu.

Berikut merupakan senarai saluran yang akan tergendala :

  • Aplikasi MyDigi
  • Laman Web MyDigi
  • Digi Online Store
  • Digi Kiosk
  • CelcomDigi Store/ Celcom bluecube/ Digi Store
  • Portal MyDigi Business
  • UMB

Selain itu, antara perkhidmatan yang akan tergendala semasa peningkatan ini berlaku adalah:

1. Pendaftaran Baharu dan Perubahan Pelan

Sebarang pendaftaran baharu, termasuk penambahan talian keluarga dan perubahan pelan, tidak akan dapat dilakukan sepanjang tempoh ini.

2. Pembelian Perkhidmatan dan Caj Tambahan

Pembelian perkhidmatan tambahan, pas perayauan, dan transaksi melalui Digipay di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery tidak dapat dilakukan.

3. Pembayaran Bil dan Tambah Nilai

Pembayaran bil pascabayar, prabayar, fiber, serta WiFi Rumah 5G tidak boleh dilakukan melalui MyDigi, laman web CelcomDigi, Digi Kiosk, atau kedai fizikal. Selain itu, tambah nilai melalui PIN dan auto-billing juga akan terganggu.

4. Perkhidmatan Pengurusan Akaun

Perkhidmatan ini adalah termasuk penggantungan talian akibat kehilangan dan kecurian, penggantian SIM, penamatan perkhidmatan dan semakan baki akan terganggu buat sementara waktu.

5. Perkhidmatan Perantauan

Pembelian dan pengaktifan pas perayauan tidak akan tersedia. Pelanggan disarankan untuk membuat pembelian lebih awal sebelum waktu penyelenggaraan bermula.

6. Port-in dan Port-out (MNP)

Perkhidmatan ini akan dihentikan sementara dari 12:01 pagi, 13 Oktober hingga 11:59 malam, 15 Oktober. Untuk pelanggan perniagaan, ia akan dihentikan lebih awal pada 10 Oktober.

7. Perkhidmatan WiFi Rumah 5G dan Fiber

Pelanggan dinasihatkan agar tidak memulakan semula atau menetapkan semula router mereka sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

8. OTP dan TAC

Permintaan untuk OTP (One-Time Password) dan TAC (Transaction Authorization Code) akan tergendala. Pelanggan disarankan menyelesaikan transaksi yang memerlukan OTP/TAC sebelum penyelenggaraan bermula.

Akhir sekali, pihak CelcomDigi menasihatkan pelanggan agar merancang segala aktiviti transaksi, pembayaran bil, dan pembelian perkhidmatan tambahan sebelum tempoh penyelenggaraan bermula. Ini penting bagi memastikan segala keperluan digital anda tidak terganggu semasa tempoh penyelenggaraan ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi CelcomDigi atau hubungi pusat khidmat pelanggan.

{suggest}

Sumber : CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress