Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi fiber

CelcomDigi Guna Rangkaian Gentian Optik Time Bagi Perluas Tawaran Servis Jalur Lebar 1Gbps

Diterbitkan Oktober 17, 2023 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan TIME dotCom (Time) mengumumkan jalinan kolaborasi untuk menyediakan lebih banyak pilihan sambungan gentian rumah di seluruh negara kepada pelanggan Celcom dan Digi.

Menerusi kolaborasi tersebut, CelcomDigi akan memanfaatkan infrastruktur jalur lebar gentian Time untuk memperluaskan tawaran gentian CelcomDigi kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya buat penghuni kondominium dan pangsapuri.

“Kami telah memberikan akses terhadap rangkaian gig-speed Time kepada penyedia perkhidmatan Internet untuk beberapa ketika dan kini kami berbesar hati dapat menyokong dalam menyediakan sambungan Internet yang pantas dan konsisten kepada pelanggan CelcomDigi pula.” Datuk Zainal Amanshah, Pengarah Eksekutif Time.

CelcomDigi Time

Pelanggan CelcomDigi akan menikmati faedah hebat seperti jalur lebar berkelajuan tinggi hingga 1Gbps, kelajuan muat naik yang tinggi menerusi tawaran kelajuan laluan menurun dan laluan menaik yang simetri Time serta pemasangan gentian yang lebih pantas.

Kolaborasi seperti ini juga membolehkan CelcomDigi menawarkan pelan dengan gentian yang menyokong keperluan pelanggan, umpama pelan sehenti untuk keperluan sambungan yang menyeluruh.

Sekaligus membolehkan CelcomDigi menyediakan perkhidmatan Internet dengan pantas dan lebih kos efesien.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • Time Kekal Penyedia Internet Tetap Terpantas Di Malaysia - Ookla

Sumber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY