Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suka Hatinya Celcom Menawarkan Pelbagai Alternatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Akses Percuma?

Celcom Sedang “Kejar” Pengguna Mod Modem WiFi

Diterbitkan Jun 6, 2021 · Dikemas kini Jun 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Disebabkan di Malaysia tidak banyak kawasan yang hadir dengan penawaran internet gentian optik, pelan tanpa had di telefon pintar menjadi pilihan penggguna.

Terbaru, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi – Celcom kini sedang giat “mengejar” pengguna yang membuat modifikasi pada modem WiFi mereka.

Baca juga – Kerajaan Negeri Diseru Permudahkan Pembinaan Infrastruktur Telekomunikasi

Bermakna, pengguna menggunakan kuota hotspot melalui kad sim telefon pintar ke dalam modem WiFi untuk digunakan pada peranti lain. Buat pengetahuan, pelan dan harga bagi internet jalur lebar dan internet telefon pintar berbeza sama sekali.

Celcom Sedang “Kejar” Pengguna Mod Modem WiFi

Oleh itu, kegiatan ini sudah dihidu pihak Celcom dan mereka kini memberi amaran penggantungan selama 2 minggu kepada mereka yang menyalahgunakan kad sim termasuk pecahan data ataupun hotspot.

Celcom FUP
Celcom Fair Usage Policy

Tambahan lagi, ia sebenarnya melanggar polisi FUP daripada pihak Celcom. Malah, terdapat beberapa individu yang sudah menerima penggantungan tersebut dalam minggu ini.

Baca juga – Menara Komunikasi Digi, Maxis Dan Celcom Terbakar, Pulih Selewatnya Ahad Ini

Selain itu, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu dan telah digunakan ramai orang. Akan tetapi, mungkin atas faktor tular di media sosial menyebabkan Celcom mula bertindak. Berkemungkinan juga pihak telco yang lain turut akan berbuat demikian pada masa akan datang.

Apa pendapat anda terhadap isu ini memandangkan penggunaan internet di rumah pada situasi sekarang amatlah penting.

Sumber: Facebook Pahang Darul Makmur, Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY