Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Rankaian 4G

Menara Komunikasi Digi, Maxis Dan Celcom Terbakar, Pulih Selewatnya Ahad Ini

Diterbitkan Jun 5, 2021 ยท Dikemas kini Jun 5, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan telah berlakunya satu insiden kebakaran menara komunikasi melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Digi yang dikongsi bersama dengan Celcom dan Maxis.

Lokasi insiden itu dilaporkan berlaku di Batu 10, Hutan Melintang, Perak. sekitar pukul 7.00 pagi, Jumaat 4 Jun 2021.

Setakat berita ini dilaporkan, pihak SKMM tidak menyatakan punca kebakaran di menara komunikasi berkenaan.

Berikutan daripada insiden kebakaran tersebut, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi tempoh beberapa hari.

SKMM juga memaklumkan yang mereka telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi tersebut untuk melaksanakan kerja baik pulih dengan kadar segera bagi memulihkan rangkaian komunikasi yang terjejas.

SKMM juga menjangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Ahad ini.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY