Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Malaysia

Kerajaan Negeri Diseru Permudahkan Pembinaan Infrastruktur Telekomunikasi

Diterbitkan Jun 6, 2021 oleh ariff bukhari

Bagi merealisasikan polisi perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam denag kadar segera, kerajaan negeri diminta mengambil tindakan segera untuk mempermudahkan inisiatif pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang harus dipercepatkan di negeri masing-masing.

Seruan itu dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato’ Saifuddin Abdullah terhadap semua kerajaan negeri.

Seruan bersama itu dibuat tidak lama selepas Kabinet memperakui perkhidmatan komunikasi sebagai keperluan asas ketiga terpenting negara selepas bekalan air dan elektrik.

SKMM menegaskan bahawa persiapan Malaysia ke arah digitalisasi melalui Pelan Tindakan MyDigital yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 berisiko terbantut sekiranya kerajaan-kerajaan negeri gagal melaksanakan perubahan dasar yang bersesuaian dan mengurangkan kos untuk membina infrastruktur ini dengan pantas.

Sehubungan itu, SKMM menekankan kerjasama kerajaan negeri akan memberi impak positif terhadap tahap kesediaan infrastruktur dan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat untuk bersiap sedia memanfaatkan transformasi digital.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY