Celcom Menyalahkan Kerja Naik Taraf Atas Gangguan Servis

Pada pukul 7 pagi semalam, dilaporkan terdapat gangguan rangkaian Celcom yang menggangu keluar dan masuk panggilan di seluruh negara. Manakala rakan kongsi rangkaian Celcom seperti Tune Talk, Red One dan Webe turut sama terkesan.

Menurut kenyataan rasmi, Celcom berkata masalah itu berpunca dari kerja-kerja naik taraf rangkaian mereka. Menurut mereka lagi, pasukan teknikal mereka telah memperbaiki isu tersebut pada pukul 9.30 pagi dan akan pulih secara berperingkat pada pukul 1 tengahari.



Gangguan rangkaian Celcom yang terakhir adalah pada bulan April yang lepas yang turut memberi kesan kepada penggunaan media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Celcom kini dalam fasa menaik taraf servis mereka dalam memberikan kelajuan 400Mbps LTE. Tahun lepas, Celcom telah mengumumkan mereka memperuntukkan RM 2 Bilion dalam membawa naik taraf ini.

Naik taraf ini merangkumi servis rangkaian 4.5 G dan bakal dipertingkatkan ke 5G pada masa akan datang, dengan kerjasama Ericsson Malaysia.

Sumber: Celcom via Vernonchan