Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Semua Rangkaian Sama, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal

Tak Semua Rangkaian Sama, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal

Diterbitkan November 4, 2019 ยท Dikemas kini November 4, 2019 oleh Haikel Areff

Celcom memberikan perkhidmatan 4G terbaik berbanding penyedia telekomunikasi lain.

Berdasarkan kepada laporan oleh pihak OpenSignal bertajuk “Malaysia Mobile Network Experience Report September 2019″, syarikat telekomunikasi Celcom dianugerahkan sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian 4G terbaik di Malaysia.

Menurut OpenSignal, capaian servis 4G Celcom menguasai lebih daripada 87%  pada kebanyakan masa pengguna. Berbanding perkhidmatan 4G dari penyedia telekomunikasi Maxis, DIGI, U Mobile dan  Unifi.

Bukan Semua Rangkaian Sama Darjat, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal

Malah, rangkain 4G Celcom juga dinobatkan sebagai rangkaian 4G terbaik bagi pengalaman video pengguna dengan memperolehi nilai tertinggi iaitu sebanyak 63.5% serta purata masa pendam (latency) tersingkat iaitu hanya 43.2 millisaat (ms) sahaja di seluruh Malaysia.

Bukan Semua Rangkaian Sama Darjat, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal

Tidak setakat itu, capaian kelajuan muat turun Celcom 4G adalah yang terpantas di beberapa buah negeri di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu.

Bukan Semua Rangkaian Sama Darjat, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal

Kesimpulannya, syarikat telekomunikasi Celcom menawarkan liputan rangkaian 4G terbaik di  mana ia menguasai 10 dari 14 buah negeri di Malaysia. Atau bersamaan dengan 96%  liputan perkhidmatan rangkaian 4G di Malaysia.

Dengan kepantasan sambungan yang laju memberikan pengalaman penstriman yang lebih baik dengan menggunakan sambungan terlaju Celcom 4T4R LTE yang turut menyokong 4X4 MIMO, Carrier Aggregation dan teknologi 256 QAM.

Celcom juga kini giat menjadi pelopor kepada pembangunan rangkaian 5G di Malaysia di mana mereka merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menjalankan percubaan awal teknologi rangkaian 5G sejak May 2017 dahulu.

Malah pada tahun ini sejak bulan Julai lalu, Celcom telah pun melancarkan servis 5G untuk penduduk di sekitar kawasan Petaling Jaya Sentral sebagai percubaan awal bagi mendapatkan gambaran awal  keupayaan teknologi rangkaian 5G mereka terhadap aktiviti  dalam kehidupan sebenar.

Jadi, untuk rangkaian tanpa wayar terbaik di Malaysia, pengguna boleh dapatkan tawaran dan pelan terbaik yang ditawarkan Celcom untuk anda di laman rasmi Celcom.


Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY