Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Tinggal 20 Daerah Sahaja Lagi Yang Masih Alami Isu Rangkaian Celcom Berpunca Daripada Satelit Measat

Celcom Jalankan Aktiviti Penyenggaraan Home Fibre Di 3 Lokasi

Diterbitkan Februari 9, 2022 oleh ariff bukhari

Celcom memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan aktiviti penyenggaraan pada salah satu perkhidmatan mereka iaitu Home Fibre.

Aktiviti penyenggaraan itu dijadualkan akan bermula dari 10 Februari 2022 dari jam 12.01 am sehingga 12 Februari 2022, 7.00am.

Kawasan yang terlibat dengan penyenggaraan ini adalah pelanggan Celcom Home Fibre di Klang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Celcom menyatakan perkhidmatan tersebut dijangka akan kembali pulih seperti sedia kala selepas jam  7.00 am, 12 Februari 2022.

Satu lagi kawasan yang terlibat dengan penyenggaraan Celcom Home Fibre adalah pelanggan di Limbang, Sarawak.

Aktiviti penyenggaraan itu dijadualkan akan berlangsung pada 10 Februari 2022 dari jam 12.01 am sehingga jam 6.00 am.

Celcom memaklumkan pelanggan perkhidmatan itu akan alami gangguan sementara sepanjang tempoh aktiviti penyenggaraan berjalan.

Celcom juga mengesyorkan pelanggan Home Fibre supaya mematikan suis dan menghidupkan kembali router jika perkhidmatan rangkaian tidak kembali seperti sedia kala selepas selesai penyenggaraan tersebut.

Sumber: Celcom

Baca juga:

  • Maxis Jalankan Aktiviti Penyenggaraan Sehingga 11 Februari Ini Di Beberapa Kawasan
  • DuitNow: Rakyat Malaysia Dan Indonesia Kelak Boleh Bayar Dan Pindah Wang Dengan Kod QR
  • Gangguan Rangkaian Celcom Di Beberapa Kawasan Di Perak Telah Dipulihkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY