Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom 4G

Gangguan Rangkaian Celcom Di Beberapa Kawasan Di Perak Telah Dipulihkan

Diterbitkan September 21, 2021 · Dikemas kini September 21, 2021 oleh ariff bukhari

Celcom hari ini memaklumkan telah berlakunya gangguan rangkaian mereka di beberapa kawasan di Perak.

Ia berikutan kegagalan kabel optik yang mengakibatkan perkhidmatan suara dan data internet terganggu antara jam 11.22 pagi sehingga 12.18 tengahari.

Pengguna Celcom yang terjejas adalah mereka yang berada di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kerian, Larut, Matang, Kinta, Batang Padang, Hilir Perak dan Cameron Highlands.

Tidak lama selepas isu tersebut berlaku, pasukan teknikal Celcom telah segera menanganinya dan berjaya kembalikan perkhidmatan Celcom seperti sedia kala di kawasan yang terjejas itu.

Berkenaan dengan isu rangkaian Celcom yang berlaku di Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah akibat daripada  insiden banjir yang berlaku di sekitar kawasan itu, isu tersebut masih belum lagi diselesaikan.

Selain itu, Celcom juga turut memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan penyenggaraan rangkaian di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang.

Penyenggaraan yang dijadualkan bermula dari jam 12.00 pagi hingga 4.00 pagi akan menyebabkan gangguan perkhidmatan suara dan data Celcom.

Berikut adalah kawasan yang terlibat dengan aktiviti penyenggaraan di Terengganu dan Pahang:-

Terengganu – Chukai, Hulu Terengganu, Kerteh, Kijal, Dungun, Paka

Pahang – Beserah, Sungai Karang

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY