Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom Dinobat Sebagai ‘Telco’ Ada Liputan Terbaik Di Malaysia Oleh Ookla

Celcom Dinobat Sebagai ‘Telco’ Ada Liputan Terbaik Di Malaysia Oleh Ookla

Diterbitkan Mac 7, 2022 oleh Anis Maisarah

Rangkaian telekomunikasi Celcom Axiata Sdn Bhd telah memenangi Anugerah Speedtest Ookla bagi Liputan Mudah Alih Terbaik di Malaysia. Ia telah diumumkan semasa acara MWC 2022 di Barcelona baru-baru ini.

Celcom berjaya mendahului rangkaian telekomunikasi lain dalam kategori Liputan Mudah Alih Terbaik dengan skor purata berjumlah 787 di Malaysia. Imbasan tertinggi yang dicatatkan adalah sebanyak 142 juta imbasan di 356,606 lokasi di seluruh negara.

Celcom Dinobat Sebagai ‘Telco’ Ada Liputan Terbaik Di Malaysia Oleh Ookla

Selain itu, purata lebih daripada 93.2% untuk 4G dan 99.7% bagi liputan umum seluruh negara juga telah menjadi punca rangkaian telekomunikasi Celcom memenangi anugerah tersebut.

Modal yang dibelanjakan oleh Celcom untuk menambahbaik rangkaian mereka pada tahun 2021 telah membuahkan hasil. Hal ini kerana, ia berjaya membuat penambahan liputan LTE sebanyak 900 tapak dan lebih 9,500 tapak untuk peningkatan liputan 4G dalam negara dengan modal sebanyak RM 825 juta.

Pelaburan Celcom untuk meningkatkan taraf perkhidmatan mereka adalah termasuk penggunaan teknologi seperti FDD Smart 8T8R komersial berskala besar pertama di dunia, 4TR multiple-input dan multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation dan 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM).

Sumber : Bernama

Baca juga :

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • Celcom Jalankan Aktiviti Penyenggaraan Home Fibre Di 3 Lokasi
  • Celcom Akan Ganti Router Dan Modem Yang Rosak Akibat Banjir

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY