Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bank negara malaysia

Bank Negara Malaysia: Jangan Dedahkan Maklumat Perbankan Diri Kepada Laman BNM Palsu Ini

Diterbitkan Mac 24, 2020 oleh Meor Hasyim

Kesemua rakyat Malaysia adalah dinasihatkan untuk tidak memberi maklumat perbankan diri dalam laman palsu yang berselindung di sebalik nama Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut akaun rasmi Twitter BNM, terdapat laman palsu beralamat “bnmgovinfo.com” direka khusus untuk mengumpan pengguna untuk memasukkan maklumat peribadi melalui kaedah ‘phishing‘.

Netizens alert—Fake BNM website phishing for your banking information and planting malware on your device.

Remember—BNM will never ask for your personal banking information through websites, emails, phone calls or SMS. pic.twitter.com/0izCb2hXdb

— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) March 24, 2020

 

 

Untuk makluman anda, laman rasmi sebenar BNM adalah bnm.gov.my sahaja. Tambahan menurut BNM lagi, mereka tidak akan bertanyakan pengguna apa-apa maklumat mengenai perbankan peribadi melalui laman sesawang, emel, panggilan telefon, ataupun SMS.

Melihat kepada imej kedua yang disertakan, anda dapat melihat laman terssebut cuba untuk memuat turun perisian hasad yang bertujuan jahat untuk memperoleh maklumat peribadi anda.

Oleh itu, pengguna diminta berhati-hati ketika melayari internet dan tidak sewenang-wenangya memberikan mana-mana maklumat peribadi anda kepada pihak lain.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY