Sakinah MK melalui Twitter telah membuat perkongsian mengenai beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menguruskan penghantaran tanpa menggunakan kurier sedia ada. Sehingga artikel ini ditulis, bebenang itu telah menerima lebih 11 ribu ciapan semula dan 20.5 ribu tanda suka.
https://twitter.com/Mommykino1/status/1273222836908220419
Terlebih dahulu, anda perlu tahu 2.12% daripada hasil jualan akan ditolak di mana ia termasuk caj transaksi, dan bayaran akan dilepaskan kepada peniaga setelah pembeli menerima barangan yang ditempah.
Seterusnya, ikuti langkah di bawah:
Pertama, log masuk perlu dilakukan melalui seller center di mana-mana pelayar. Dengan menggunakan ID dan kata laluan akaun Shopee sedia ada, kod pengesahan diperlukan bagi log masuk untuk kali pertama.
Tanda pada syarat yang ditetapkan dan tekan "Accept".
Di bahagian kiri, pergi ke "My Shipping". Jika "Shipping Fee Included" ditanda dan anda memilih untuk tidak menanggung kos penghantaran, buang tanda tersebut. Tandakan pada "Others (West/East)" mengikut lokasi tempat tinggal anda.
Perlu diingatkan "West" adalah Semenanjung Malaysia dan "East" adalah Sabah/Sarawak. Ramai yang masih keliru mengenai penggunaan perkataan ini.
Setelah tetapan penghantaran selesai, langkah seterusnya adalah memuat naik dan isi nama produk beserta kategori yang sesuai. Kemudian, isi semua maklumat yang diperlukan.
Di bahagian penghantaran produk, buang tanda pada semua jenis penghantaran yang tidak berkaitan dan tandakan pada "Others".
Melaluinya, masukkan kos perkhidmatan penghantaran yang akan dikenakan kepada pelanggan. Anda juga boleh menentukan kos penghantaran tersebut. Akhir sekali, tekan "Save and Publish".
Sumber: Twitter Sakinah mK
Berkaitan
- Ini Cara Lindungi Alamat IP Dalam Panggilan WhatsApp
- MyEG Tawar Ujian Saringan COVID-19 Percuma Untuk Pekerja Di Kawasan PKPB
- Siri Redmi Note 12 Akan Dilancar Di Malaysia Pada Minggu Depan
- Aplikasi Signal Akan Hentikan Sokongan SMS Pada Peranti Android
- AirAsia Tawar Pas Penerbangan Domestik Tanpa Had Pada Harga RM399
- MCMC: Terdapat Penyalahgunaan, Waspada Jika Terima SMS Scam Daripada 'MySejahtera'
- MyDIGITAL Dilancarkan - Teknologi 5G Boleh Dinikmati Secara Berperingkat Menjelang Hujung Tahun Ini
- Gurman: iOS 17 Dijangka Hadir Dengan Beberapa Ciri "Paling Diminta" Pengguna
- Apple Dilapor Akan Hentikan Pengeluaran iPad mini Selepas Pelancaran iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat
- Ini Sebab Mengapa Perisian Penyunting Teks, Notepad++ Disekat Di China