Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Melihat Kata Laluan WiFi Yang Disimpan Pada Peranti Android

Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS

Diterbitkan November 10, 2022 · Dikemas kini November 10, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Pengguna-pengguna Android dan iOS mungkin pernah mengalami beberapa masalah seperti kesukaran dalam membuat panggilan atau sukar untuk menyambung mana-mana rangkaian Wi-Fi.

Masalah ini boleh terhasil daripada tetapan rangkaian yang rosak dan menyebabkan isu-isu berkenaan berlaku.

Terdapat beberapa jalan penyelesaian yang mudah boleh dilakukan seperti but semula atau mengaktifkan mod Airplane. Namun jika isu ini masih berlarutan, pengguna mungkin perlu set semula (reset) tetapan rangkaian mereka.

Ini merupakan cara untuk set semula tetapan rangkaian di iPhone:

  1. Buka Settings pada peranti iPhone.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  2. Pergi ke General.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  3. Pilih Transfer atau Reset iPhone.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  4. Tekan Reset.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  5. Pilih Reset Network Settings dan masukkan kata laluan peranti untuk pengesahan.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS

Langkah ini berhasil untuk peranti yang menggunakan iOS dan iPadOS 11 dan keatas sahaja. Untuk versi yang lama, pengguna boleh taip network pada kotak carian Settings untuk menjumpainya.

Ini pula cara untuk set semula tetapan rangkaian pada peranti Android:

  1. Tekan aplikasi Settings.
  2. Leret ke bawah sehingga menjumpai System.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  3. Pilih Reset Options.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  4. Pilih Reset Wi-Fi, mobile, & Bluetooth dan kemudian tekan Reset Settings.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS

Walau bagaimanapun, untuk Samsung’s UI agak berbeza berbanding peranti Android yang lain.

Ini merupakan langkah untuk set semula menggunakan siri peranti Galaxy:

  1. Buka aplikasi Settings.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  2. Tekan General Management.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  3. Pilih Reset.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS
  4. Pilih Reset network settings dan tekan Reset Settings.
    Cara Untuk Set Semula Tetapan Rangkaian Pada Android Dan iOS

Jika pengguna tidak menjumpai pilihan tetapan ini di peranti Android, taip sahaja network pada omnibox.

Dengan kaedah ini, peranti berkenaan akan membuang semua rangkaian yang disimpan selama ini seperti rangkaian Wi-Fi, peranti Bluetooth, dan konfigurasi VPN.

Pengguna perlu menyimpan semua kata laluan yang diperlukan pada mana-mana aplikasi keselamatan sebelum set semula supaya tidak kehilangannya.

Jangan risau dengan semua aplikasi atau data yang disimpan kerana ianya tidak akan disentuh langsung selepas set semula.

Sumber: Android Police

Berkaitan

  • Cara Menggunakan Ciri Focus Filter Pada iPadOS 16
  • Cara Aktifkan Akses 5G Secara Percuma Untuk Pelanggan Digi
  • Ini Cara Buat 'Mockup' Tangkap Layar Untuk iPhone
  • Cara Memadam Data "Cache" Aplikasi Instagram Pada Android
  • Ciri Tersembunyi Microsoft Edge Yang Pastinya Anda Tidak Tahu Sangat Berguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY