Cara Untuk Menghentikan Aplikasi 'Pre-Installed' Untuk Telefon Android





Selalunya syarikat telefon Android akan memuatkan aplikasi mereka sendiri di dalam telefon. Dan selalunya anda tidak pernah menggunakan langsung aplikasi 'built-in' tersebut. Ini akan menyebabkan sistem telefon anda dipenuhi aplikasi yang tidak diperlukan dan akan sentiasa menggunakan bateri telefon anda tanpa pengetahuan anda. Anda tidak boleh membuang sepenuhnya aplikasi 'bulit-in' tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu sistem telefon anda atau mungkin anda akan dihalang untuk menerima kemaskini sistem operasi. Inilah yang dinamakan 'Bloatware' iaitu aplikasi atau program pre-installed di dalam telefon anda yang masih dijalankan tanpa anda sedar.



Anda mempunyai dua pilihan untuk membuang Bloatware dari sistem telefon anda.



Yang pertama anda boleh 'uninstall' terus aplikasi tersebut. Namun, anda mungkin sukar untuk mendapatkan kembali aplikasi 'pre-installed' yang telah di buang dari sistem di Play Store jika anda mahu menggunakannya kelak. Malah 'uninstall' aplikasi 'pre-installed' mungkin akan menyebabkan sistem telefon anda tidak stabil dan seperti yang diberitahu, anda mungkin dihalang untuk menerima kemaskini sistem operasi. Jadi, pihak kami menasihati agar anda cuma bekukan aplikasi anda (freezing aps)



Aplikasi yang dibekukan akan berhenti berfungsi secara total. Aplikasi tersebut tidak akan di paparkan di dalam 'app drawer' dan ianya tidak akan dijalankan di belakang tabir sistem secara automatik. Aplikasi yang telah dibekukan tidak akan bergerak dan berfungsi sehinggalah anda 'unfreeze' semula. Ianya adalah satu proses yang sangat mudah dan anda boleh menukar fikiran pada bila-bila masa sahaja.



Untuk sistem Android terbaru, anda boleh menghentikan kebanyakkan aplikasi 'pre-installed' dengan lebih mudah tapa perlu 'rooting'. Jika anda menggunakan sistem Android yang lama, yang tidak mempunyai ciri pilihan 'disable', anda perlu 'root' telefon anda dan menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk bekukan bloatware. Dan jika anda mahu 'uninstall' secara total, anda wajib 'root' telefon anda terlebih dahulu, tidak kira versi Android mana yang anda guna.



Jika anda betul-betul mahu 'uninstall' aplikasi 'pre-installed', anda dinasihati untuk bekukan terlebih dahulu dan tunggu beberapa hari untuk memastikan telefon anda tidak ada gangguan tanpa aplikasi tersebut.



Bagaimana Untuk Menghentikan Bloatware (Freeze)



Pergi ke "Settings" dan tekan "Apps". Anda juga boleh swipe ke bahagian "All" untuk melihat semua aplikasi yang berada di dalam sistem tellefon anda.







Pilih aplikasi yang tidak diingini. Seperti contoh di bawah kami pilih aplikasi “Motorola Spotlight Player” dan tekan butang “Disable”







Anda akan menerima amaran sebelum menghentikan aplikasi tersebut, tetapi ianya tidak menjadi masalah, anda boleh datang semula dan tekan semula butang 're-enable' jika sistem telefon anda mendapat gangguan.







Selepas anda menghentikan aplikasi tersebut, anda juga boleh tekan butang "Force Stop" dan "Clear Data" untuk bersihkan segala data yang tidak diingini di dalam storan telefon anda.



Tidak semua aplikasi mempunyai butang "Disable". Anda perlu menggunakan langkah 'root' seperti dibawah



Jika aplikasi tersebut tidak mempunyai butang "Disable" atau anda menggunakan sistem Android versi lama yang tidak mempunyai ciri "Disable" ianya agak sukar. Pertama sekali anda perlu 'root' telefon anda terlebih dahulu. Kemudian anda perlu "enable USB debugging" di dalam "Settings > Applications> Developer Options. Dan semestinya, pihak kami menasihati anda membuat 'backup' penuh sebelum meneruskan langkah ini.



Terdapat banyak aplikasi yang mendawa boleh membekukan bloatware. Pihak Wiser.my mencadangkan anda menggunakan aplikasi Titanium Backup yang mampu 'backup' dan menyimpan data telefon Android anda. Aplikasi Titanium Backup juga mempunyai beberapa fungsi lain seperti 'Freezing' dan 'Uninstall' bloatware di dalam sistem telefon anda, Cuma ianya aplikasi berbayar.



Jika anda kedekut mahu keluarkan duit untuk muat turun aplikasi Titanium Backup, anda juga boleh menggunakan aplikasi percuma seperti NoBloat atau AppQuarantine.