Cara Untuk Memulihkan Fail Video Yang Rosak Di Android

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini, WIser.my ingin berkongsi satu apliaksi khusus untuk membaik pulih fail video yang rosak ataupun "corrupted". maklumlah, dengan kehadiran pelbagai jenis virus mutakhir ini tidak hairan sekiranya banyak fail-fail digital yang kita simpan akan mengalami masalah korup.

Kepada anda yang mempunyai fail-fail video yang rosak, jangan bersedih. Ikuti sahaja langkah-langkah mudah berikut.

Langkah 1

Muat turun dan pasang terlebih dahulu aplikasi "MP4Fix Video Repai Tool" daripada Playstore.

Langkah 2

Buka aplikasi yang baru sahaja anda pasang, pilih fail video yang rosak kemudian pilih "repair".



 

Langkah 3

Tunggu sehingga proses baik pulih seleseai. Masa yang diambil bergantung kepada durasi video tersebut, kebiasaannya dalam 15 ke 60 minit. Setelah selesai proses tersebut, pilih "save". Selesai, video anda yang rosak sudah siap diperbaiki.

 



 

 

Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.