Cara Untuk Gabungkan Youtube Dan Spotify

Kepada Pengguna tegar aplikasi muzik Spotify, kami ingin kongsikan cara untuk anda mendengar lagu yang ada dalam senarai main aplikasi tersebut sambil diiringi video klipnya sekali.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pasang aplikasi SpotyTube daripada Playstore.



Buka aplikasi tersebut.



Di sini tersedia empat pilihan: "Discover", "Spotify", "Billboard" dan "YouTube". Anda boleh sahaja memilih mana-mana pilihan yang ada.



Pilih sahaja lagu yang anda berkenan



Lagu tersebut akan terus dimainkan bersama klip video daripada Youtube.



Sangat menarik bukan ? apa tunggu lagi, jom cuba sekarang. Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, selamat mencuba.