Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara ada volume di lockscreen iphone

Cara Tambah Kawalan ‘Volume’ Pada ‘Lock Screen’ Di iOS 18

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh Aminuddin Ahmad

Kemas kini iOS 18.2 telah pun dilancarkan kepada semua pengguna dan salah satu cirinya ialah membenarkan pengguna mengawal kelantangan audio melalui ‘volume control’ yang terpapar pada lock screen.

Volume control atau volume slider merujuk pada bar kawalan kelantangan audio.

Cara tambah ‘volume slider’ di lock screen iPhone (iOS 18.2)

  1. Buka Settings.
  2. Masuk ke Accessibility.
  3. Masuk ke Audio & Visual.
  4. Hidupkan ‘Always Show Volume Control‘
cara tunjuk volume control iphone ios 18.2
cara tunjuk volume control iphone ios 18.2
cara tunjuk volume control iphone ios 18.2

Selesai.

Dengan ini, tidak kira aplikasi muzik/video apa pun, dimainkan pada peranti mana pun, kawalan kelantangan ini kekal terpapar.

Langkah ini sebenarnya telah dikongsi secara ringkas dalam artikel kami INI dan ia juga menyenaraikan banyak lagi perkara baharu dalam iOS 18.2 termasuk Apple Intelligence yang akhirnya tersedia.

cara ada volume di lockscreen iphone

Saya secara peribadi sangat gemar dengan ciri ini kerana memudahkan saya untuk mengawal kelantangan tanpa perlu memicit butang fizikal.

Imbas kembali, ciri ini sebenarnya telah pun wujud pada iPhone usang lagi di mana iOS generasi awal dulu sudah mempunyai kawalan yang sama. Akan tetapi, Apple telah membuangnya dalam iOS 16 yang dilancarkan pada tahun 2022.

Mahu tips lagi? Terus ke halaman INI atau komen jika perlukan lebih lagi.

artikel dikemas kini pada 7/1/2025

Berkaitan

  • Cara Mudah Muat Naik Gambar HD Ke Status WhatsApp
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY