Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Sambung Ke WiFi Tanpa Perlu “Password”

Cara Sambung Ke WiFi Tanpa Perlu “Password”

Diterbitkan Oktober 22, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk menyambung ke WiFi disekitar anda tanpa memerlukan sebarang kemasukkan kata laluan. Cara ini sebenarnya boleh dikelasifikasikan sebagai teknik “hack” tahap rendah, yang mana ianya hanya boleh diguna pakai terhadap sambungan WiFi yang mempunyai fungsi WPS sahaja.

Sekiranya bernasib baik maka anda akan dapat WiFi “Percuma” sekiranya berada di sekitar modem yang mempunyai fungsi tersebut walaupun sambungan tersebut di lengkapi kata laluan.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

Langkah 1

Pasang aplikasi AndroDumper terlebih dahulu daripada Playstore.

WhatsApp Image 2017-10-22 at 20.20.45

Langkah 2

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan ianya akan secara otomatik mengesan sambungan-sambunagn WiFi yang mempunyai fungsi WPS disekitar anda.

WhatsApp Image 2017-10-22 at 20.03.51(4)

Pilih sahaja mana-mana sambungan WiFi yang anda berkenan dan klik “Try Connect”. Sekiranya keluar paparan “warning” klik sahaja OK.

WhatsApp Image 2017-10-22 at 20.03.51(3)

Seterusnya pilih “No Custom Pin”

WhatsApp Image 2017-10-22 at 20.03.51(2)

Tunggu seketika sehingga sambungan selesai dibuat. Sekiranya berjaya maka paparan berikut akan muncul.

WhatsApp Image 2017-10-22 at 20.03.51

Sekarang peranti Android anda telah tersambung ke WiFi dan boleh melayari internet seperti baisa.

Itulah sahaja Sedikit perkongsian daripada kami. Nasihat kami kepada anda yang mempunyai modem internet di rumah dan tidak ingin sambungan WiFi digunakan oleh individu lain, mohon “off” kan fungsi WPS ini ya, kerana dengan senang sahaja sambungan boleh di “curi”. Selamat mencuba.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY