Cara Mudah Tingkatkan Kuasa Telefon Pintar

Artikel kali ini khusus ditujukan untuk anda yang memiliki telefon pintar dengan spesifikasi rendah. Memang kurang puas main permainan video sekiranya peranti Android anda selalu tersekat-sekat ketika sesi permainan.

Jangan bersedih, berikut kami kongsikan tips yang sangat berkesan dan ringkas untuk anda cuba bagi meningkatkan kuasa grafik peranti anda khusus bagi melancarkan permainan video mahupun suntingan media.

Langkah 1

Masuk ke menu "setting" kemudian pilih menu "About Phone"



Langkah 2

Cari menu "Build Number" dan tekan laju-laju sebanyak 8 kali sehingga muncul paparan "Developer option has been activated".  Kemudian cari dan masuk ke menu "Developer Option" tersebut.



Langkah 3

Untuk anda yang ada masalah ketika bermain permainan video dengan grafik 2D seperti berikut.



Skrol kebawah, cari dan aktifkan fungsi  berikut.

Langkah 4

Untuk anda yang ingin meningkatkan kualiti permianan bagi video berasaskan grafik 3D seperti berikut.



Skrol kebawah, cari dan aktifkan menu berikut.



 

Setelah anda aktifkan menu-menu tersebut maka sesi permainan video anda akan jadi lebih lancar dan tidak tersekat lagi. Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap peranti. Pastikan anda "off" kan fungsi-fungsi tersebut sekiranya sudah siap bermain kerana sekiranya dibiarkan terlalu lama boleh mengakibatkan peranti anda mudah panas.

Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.