Cara Mudah Untuk "Screen shot" Panjang pada PC

Fungsi Long Screenshot sememangnya sudah lama ada pada peranti pintar, namun pada PC masih tidak ramai yang mengetahuinya.

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk membuat Long Screenshot pada PC Windows ataupun Apple. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pertama sekali apa yang oerlu dilakukan ialah dengan memasang aplikasi terkini pelayar Mozilla Firefox Quantum. Boleh sahaja muat turun menggunakan pautan dibawah.

Firefox Quantum


Langkah 2

Setelah siap proses pemasangan, buka aplikasi tersebut dan pilih mana-mana laman sesawang yang anda ingin buat Long Screen shot. Klik pada menu tiga titik pada bahagian atas seperti gambar berikut.



 

Langkah 3

Seterusnya, "Drag" tetikus anda pada bahagian yang ingin di "Screen shot".



 

Langkah 4

Setelah siap memilih bahagian yang diinginkan, klik pada tombol Download pada bahagian bawah pelayar.



 

Maka bahagian yang di "Screenshot" tersebut akan di simpan pada menu Download seperti berikut.



 

Inilah hasil yang telah siap.

 



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.