Cara Mudah Untuk Muat Turun Gambar Daripada Instagram

Admin faham, agak leceh kalau perlu skrinsyot setiap gambar daripada Instagram sekiranya ingin disimpan.

Kepada yang masih belum tahu, berikut admin kongsikan cara-cara untuk membolehkan anda memuat turun sebarang gambar pada Instagram.

Pertama sekali pasang aplikasi Story Saver daripada Playstore.



Seterusnya buka aplikasi tersebut, ianya akan disambungkan ke akaun instagram anda.



Pilih mana-mana Stories yang ingin disimpan



Kemudian tekan menu Save, selesai.



Gambar tersebut akan terus di muat turunkan ke dalam peranti Android anda.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, selamat mencuba.