Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi kerajaan

Cara Mudah Kesan Dan Buang Aplikasi Android Yang Jarang Digunakan

Diterbitkan Disember 18, 2025 ยท Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh ariff bukhari

Anda mungkin sering kali memuat turun dan memasang pelbagai jenis aplikasi ke dalam telefon pintar Android anda.

Tapi aplikasi-aplikasi itu jarang atau langsung tidak pernah digunakan sehingga tanpa sedar ia menjadi antara penyebab storan telefon pintar anda penuh.

Selain memakan ruang storan, aplikasi ini juga boleh menjadi faktor menjejaskan prestasi peranti.

Oleh itu, membuang aplikasi-aplikasi yang tidak perlu dari peranti adalah langkah terbaik untuk memastikan peranti sentiasa lancar.

Ada cara mudah yang dapat memudahkan anda kesan dan buang aplikasi-aplikasi itu dari peranti yang tidak memakan masa anda.

Jadi, berikut adalah cara yang paling mudah untuk anda membuang aplikasi-aplikasi yang jarang digunakan itu dari telefon pintar Android:

  • Buka Google Play Store > tap pada ikon akaun anda dan pilih Manage apps and device.

WhatsApp Image 2025-12-18 at 15.10.38

  • Kemudian pilih tab Manage dan tandakan pada Least used. Selepas itu, aplikasi-aplikasi yang jarang digunakan itu akan disenaraikan yang boleh anda pilih secara manual untuk dibuang (Uninstall) dari peranti.
WhatsApp Image 2025-12-18 at 15.17.08
WhatsApp Image 2025-12-18 at 15.21.59

Dengan membuang aplikasi-aplikasi tersebut, anda dapat kosongkan ruang storan dan kembalikan prestasi peranti. Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Ini Cara Paling Mudah Untuk 'Unsubscribe' Emel Di Gmail
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY