Cara Membaiki Fail Korup Pada PC Windows

Masalah Fail Korup boleh dikatakan sangat sinonim kepada pengguna PC Windows. Sangat menyedihkan sekiranya perkara tersebut berlaku kepada fail-fail yang mustahak dan berkaitan dengan kerja.

Berikut kami kongsikan kaedah yang boleh anda cuba sekiranya berkau kes fail korup, mudah-mudahan ianya berkesan. Apa yang anda perlukan ialah CD windows intaller yang boleh diperolehi di kedai komputer yang berdekatan, atau pinjam sahaja daripada kawan-kawan.

Langkah-Langkahnya

  • Masukkan CD instalasi Windows kemudian Restart PC anda.

  • Kemudian akan muncul paparan berikut, pilih sahaja "Next"




  • Seterusnya pilih "Repair Your computer"




  • Kemudian pilih menu Troubleshoot




  • Seterusnya pilih Advanced options




  • Langkah seterusnya pilih menu Commnad Prompt




  • Di dalam CMD, masukkan perintah 'dir'. Perintah ini akan menolong anda untuk menemukan huruf pada drive partition.




  • Sekiranya Fail yang korup tersebut berada dalam drive D maka taip arahan berikut,

  • sfc /scannow /offbootdir=D:\ /offwindir=D:\windows

  • dan klik Enter kemudian Tunggu. Setelah selesai, reboot PC anda.




Sekiranya berhasil maka fail yang korup sebelum ini akan kembali pulih, insya Allah. Itulah sahaja serba sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.