Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
copilot windows 11

Cara Mematikan Aplikasi Daripada Automatik Dibuka Sendiri Apabila PC Hidupkan

Diterbitkan September 29, 2024 · Dikemas kini September 30, 2024 oleh ariff bukhari

Tanpa anda sedar, mungkin terdapat aplikasi yang diaktifkan secara automatik apabila PC Windows anda dihidupkan.

Ia adalah biasa tapi mungkin sedikit menjengkelkan. Ini kerana, ia boleh mengganggu  kelancaran PC anda dihidupkan kerana beban yang dibawa aplikasi tersebut.

Mematikan aplikasi-aplikasi yang tidak penting itu dari hidup sendiri secara automatik sekali gus akan dapat mempercepatkan masa untuk PC anda boot dengan lebih pantas.

Jadi, untuk mematikan aplikasi-aplikasi itu dari aktif secara sendiri, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Bawakan kursor ke Windows taskbar, klik butang kanan tetikus dan pilih  “Task Manager.”

Windows Taskbar

2. Dalam bar sisi kiri Task Manager, klik  “Startup Apps.”

Startup Apps

3. Kemudian, pilih aplikasi yang anda ingin halang daripada dilancarkan secara automatik dan klik “Disable” di bahagian atas.

Ulangi langkah ini untuk setiap aplikasi yang anda mahu lumpuhkan.

Disable Startup Apps

4. Selesai, ini diharap akan dapat menjadikan PC Windows 11 lebih pantas apabila dihidupkan.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY