Cara Melihat Spesifikasi Laptop Dengan Mudah

Kebiasaannya untuk melihat spesifikasi Laptop anda boleh sahaja menggunakan MSInfo atau DXDiag. Namun info yang diberikan adalah tidak lengkap, malah terdapat beberapa kes yang mana info yang dinyatakan pada Laptop telah dipalsukan.

Berikut kami kongsikan satu kaedah yang paling sesuai untuk mengetahui spesifikasi Laptop secara lengkap dan tepat. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali muat turun dan pasang aplikasi HWinfo64 dengan menggunakan pautan dibawah


https://www.hwinfo.com/download.php


Seterusnya buka apliaksi tersebut dan klik "Run"



Tunggulah sebentar, sekarang anda boleh melihat spesifikasi laptop secara lengkap, selesai.



 

1. Prosesor/CPU


Terlihat jelas melalui software Prosesor Intel Core i5 2450M yang berjalan pada kelajuan 2500 Mhz.



 

2. Memory/RAM


Dapat dilihat melalui software HWInfo64, RAM 8GB DDR3dengan kecepatan 800Mhz (Double Data Rate).



 

3. Graphic Card / VGA


Dapat dilhat spesifikasi kad grafik AMD Radeon HD 64x0M dengan VRAM 2GB.



 

4. Jenis Laptop/Motherboard


Spesifikasi laptop terakhir yang perlu anda perhatikan, jenis laptop dan motherboardnya. contoh dibawah ialah HP Probook 4331s.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.