Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera

Ekoran daripada peningkatan kes positif COVID-19, Kerajaan mengesyorkan orang ramai untuk kembali menggunakan aplikasi MySejahtera.

Ini kerana, sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak, anda boleh melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 dan laporkan keputusan tersebut di aplikasi MySejahtera.

Berikut adalah langkah-langkah melaporkan keputusan ujian saringan kendiri COVID-19 sama ada melaporkan keputusan positif mahupun negatif di aplikasi MySejahtera:

1. Pada halaman utama MySejahtera, di bahagian paling bawah, pilih ikon COVID-19.



2. Pilih COVID-19 Ujian Kendiri.



3. Jawab semua soalan. Pastikan butiran maklumat yang dihantar adalah betul.



4. Status risiko anda pada bahagian Profil COVID-19 akan berubah setelah semua butiran maklumat dihantar.

Sila klik butang 'Muat Smula Status' sekiranya status anda masih tidak berubah.



5. Perintah Pengasingan atau Pengawasan atau Home Surveillance Order (HSO) akan dipaparkan pada halaman profil MySejahtera.

Anda digalakkan untuk menyimpan tangkapan skrin (screenshot) HSO yang telah diberikan.



Isikan Home Assessment Tool (HAT) sepanjang anda dikenakan Perintah Pengasingan atau Pengawasan.

Anda boleh klik pada butang Bantuan sekiranya mempunyai permasalahan dengan paparan HSO anda.

Sebagai peringatan bersama, anda disyorkan memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 juga digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

{suggest}

Sumber: MySejahtera