Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17.2.1_Actualidad iPhone

Apple Keluarkan iOS 17.2.1 Dengan Pembetulan Pepijat

Diterbitkan Disember 20, 2023 · Dikemas kini Disember 20, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.2.1, iaitu kemas kini kecil untuk model iPhone XS dan terbaharu yang menjalankan iOS 17. Kemas kini ini hadir selepas beberapa hari Apple mengeluarkan iOS 17.2 – yang menawarkan sejumlah ciri baharu dan penambahbaikan.

Berkaitan

  • iOS 17.2 Sedia Untuk Dikemas Kini Dengan Sejumlah Ciri Baharu

Menurut Apple, iOS 17.2.1 menyediakan pembetulan pepijat yang penting, tetapi tidak dinyatakan dengan lebih terperinci serta disyorkan kepada semua pengguna.

Apple Keluarkan iOS 17.2.1 Dengan Pembetulan Pepijat

Untuk kemas kini iOS 17.2.1 secara OTA, ia boleh dilakukan melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Selain iOS 17.2.1, Apple turut mengeluarkan iOS 16.7.4 untuk iPhone dengan sistem operasi iOS 16. Melalui kemas kini iOS 16.7.4, ia menyediakan pembetulan melibatkan isu aplikasi terbina yang dipadam dan gagal dipasang semula.

Sementara itu, Apple ketika ini telah pun menguji iOS 17.3, dengan kemas kini dijangka hadir pada Januari.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Actualidad iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY