Cara 'Kunci' Tab Incognito Dengan FaceID Pada iPhone

Chrome ialah pelayar dari Google yang digunakan sangat meluas pada hari ini. Dengan extension yang berbagai-bagai, pengguna dapat melakukan banyak 'helah' seperti membenarkan peserta masuk ke sesi Google Meet secara automatik.

Mod Incognito ialah mod yang mana preranti tidak akan merekodkan sejarah laman web yang dilawati pengguna, tidak menyimpan kuki (cookies) mahupun beberapa data pengguna.

Untuk pengguna iPhone, tahukah anda mod Incognito boleh dikunci dengan FaceID?

Chrome di akaun Twitter mereka baru-baru ini telah berkongsi ciri ini dan cara mengaktifkannya.

  1. Buka aplikasi Chrome.

  2. Tekan tiga dot dan masuk ke Settings.

  3. Tekan Privacy.

  4. Hidupkan "Lock Incognito Tabs When You Close Chrome".


https://twitter.com/googlechrome/status/1487135388951007236?s=20&t=panRCf5O2MuV0bVEautY-g

Selesai. Namun diingatkan, anda perlu terlebih dahulu menetapkan fungsi FaceID pada peranti anda.

Baca juga: