Untuk menggunakan Apple Music, pengguna diberikan tempoh percubaan antara 1 hingga 3 bulan. Setelah itu, langganan perlu dilakukan dengan bayaran RM14.90 secara bulanan.
Namun, jika anda adalah seorang pelajar, langganan bulanan boleh dinikmati dengan harga yang lebih murah iaitu RM6.90/sebulan. Untuk itu, di bawah ini kami sediakan cara untuk melanggan Apple Music dengan harga pelajar.
Pertama, pergi ke aplikasi Apple Music dan klik "Choose Your Plan" pada tab "For You".
Kemudian, tekan pada "Verify Eligibility" dan anda akan dihalakan pada laman UNiDAYS. Pada bahagian ini, masukkan nama universiti dan alamat e-mel rasmi yang telah didaftarkan di univerisiti. Anda juga perlu memastikan e-mel yang dimasukkan masih aktif.
Setelah itu, anda akan menerima e-mel pengesahan oleh UNiDAYS melalui alamat e-mel yang telah didaftarkan. Untuk melengkapkan pengesahan tersebut, tekan "Sahkan Status Pelajar".
Setelah pengesahan berjaya dilakukan, anda akan menerima langganan Apple Music dengan harga pelajar iaitu RM6.90 secara bulanan.
Bagi kaedah pembayaran, ia boleh dilakukan melalui Kad Debit/Kredit, telefon atau Touch ‘n Go eWallet. Untuk menguruskan kaedah pembayaran dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet, klik pada pautan ini.
Berkaitan
- Apple Ambil Potongan 30% Untuk 'Boost', Meta Dakwa Beri Impak Kepada Perniagaan Facebook
- Apple Kelak Boleh Kemas Kini iPhone Baharu Tanpa Perlu Buka Kotak
- Kemaskini iOS 14.3 Dilepaskan - Hadir Dengan Sokongan ProRAW Untuk iPhone 12 Pro, Apple Fitness+, Dan Lain-Lain
- Apple Sahkan Paparan Peratusan Bateri Tidak Akan Tersedia Untuk Senarai Model Ini
- Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Didenda Hampir RM8 Juta Di Brazil
- Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro - Harga Bermula RM2,499
- Kuo: Apple Akan Naikkan Harga Jualan Untuk Model iPhone 14 Pro
- Apple Nyatakan 'Pop-Up' Akses Tampal Yang Kerap Muncul Pada iOS 16 Adalah 'Tidak Dijangka'
- Apple Perlihat Emoji Baharu Yang Akan Hadir Pada iOS 14
- Jabatan Kehakiman AS Saman Apple, Dakwa 'Monopoli' iPhone