Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Kabel IEM USB-C Bawah RM100

3 Kabel IEM USB-C Bawah RM100

Diterbitkan November 11, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Dalam artikel yang lepas, saya telah menulis tentang IEM berharga bawah RM100, yang kebanyakannya mempunyai kabel boleh dicabut.

Katakanlah kabel anda mula rosak setelah digunakan untuk tempoh yang lama, sudah tentu anda memerlukan kabel gantian, bukan? Atau, mungkin anda tidak mahu menggunakan dongle audio, dan mahukan kabel USB-C untuk disambungkan ke telefon anda?

Sebelum itu, anda perlu tahu tentang dua jenis sambungan yang lazim pada IEM, iaitu 2-pin 0.78mm, dan MMCX. Jangan terkeliru dengan dua-dua sambungan ini.

3 Kabel IEM USB-C Bawah RM100
2-pin 0.78mm.
3 Kabel IEM USB-C Bawah RM100
MMCX. Gambar dari laman sesawang HiFiGo.

Baiklah, dalam artikel kali ini, saya hanya akan fokus pada tiga kabel IEM dengan sambungan 2-pin 0.78mm yang khusus bagi peranti dengan sambungan port USB-C. Kabel-kabel ini berharga bawah RM100:

KEFINE Silver Plated Detachable Cable (USB-C)

kefine klean usb c cable no background

Kabel pertama buatan KEFINE sebenarnya adalah kabel ganti yang dibuat untuk IEM KEFINE Klean, tetapi mereka juga menjualnya secara berasingan. Kabel ini adalah yang paling murah dalam senarai ini, bermula pada RM43.

Kelebihan:

Binaannya cukup solid walaupun murah. Ia juga kurang masalah microphonics (bunyi kabel berlaga dengan baju yang boleh didengari telinga pengguna).

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan mikrofon dan butang kawalan media seperti volume dan play/pause. Ia juga sejenis kabel yang plug-and-play (sambung terus ke peranti tanpa memerlukan sebarang tetapan tambahan).

Kekurangan:

Bagi mereka yang inginkan penalaan bunyi lebih lanjut, kabel ini tidak sesuai kerana ia tiada sokongan aplikasi. Ia juga tiada cip Digital Signal Processing (DSP) untuk talaan EQ dan hanya mempunyai profil bunyi standard atau stock.

Harga KEFINE Silver Plated Detachable Cable (USB-C) di Malaysia

Harga Kefine Klean di Malaysia

Moondrop CDSP

moondrop cdsp no background

Kabel kedua adalah buatan Moondrop, iaitu jenama yang tidak asing lagi dalam arena produk audio Chinese Hi-Fi. Harganya adalah sekitar RM72-80.

Kelebihan:

Dari segi binaan, ia kurang masalah microphonics, jadi ia tidak mengganggu pengguna. Ia juga mesra pengguna umum kerana ia adalah jenis kabel plug-and-play.

Selain itu, ia mempunyai cip DSP yang bermakna, anda boleh menala profil bunyi dengan EQ dalam aplikasi MOONDROP. Talaan EQ anda juga akan disimpan ke dalam cip dalam kabel tersebut. Dalam aplikasi MOONDROP, anda juga mendapat akses kepada repositori profil talaan rasmi Moondrop dan talaan EQ buatan komuniti.

Tambahan pula, ia juga mempunyai mikrofon, dan butang-butang fizikal untuk kawalan media.

Kekurangan:

Walaupun ia menyokong EQ, ia hanya fixed EQ, bermakna penalaan bunyi sangat terhad kepada frekuensi tertentu yang disokong cip DSP.

Berkaitan dengan aplikasi pula, aplikasi MOONDROP kadangkala agak cerewet untuk mengesan sambungan USB pada sesetengah peranti Android atau iOS. Oleh sebab itu, pengguna terpaksa mencabut dan menyambung kabel beberapa kali sehingga aplikasi ini dapat mengesannya.

Tetapi, katakan anda mahu parametric EQ, anda boleh mempertimbangkan kabel Moondrop FreeDSP yang lebih mahal, iaitu bermula pada RM130.

Harga Moondrop CDSP di Malaysia

Harga Moondrop FreeDSP di Malaysia

FiiO LS-TC2

fiio FiiO LS-TC2 no background

Kabel ketiga pula dibuat oleh FiiO, iaitu satu lagi jenama terkenal dalam arena produk audio Chinese Hi-Fi. Ia adalah paling mahal dalam senarai ini, iaitu sekitar RM85-99.

Kelebihan:

Bermula dengan binaan, ia menggunakan wayar kuprum bebas oksigen bersalut perak yang disarung TPU lutsinar, memberikan rupa dan rasa yang premium.

Binaan ini bukan untuk nampak cantik semata, malah rekaannya memastikan output audio bersih tanpa hiss atau hingar latar yang mengganggu.

Sama seperti kabel lain dalam senarai ini, ia kabel jenis plug-and-play yang mempunyai mikrofon, dan butang fizikal untuk mengawal media. Tetapi, jika pengguna ingin membuat pelarasan lebih lanjut, ia juga menyokong aplikasi FiiO Control.

Apa yang membezakannya dengan kabel lain adalah sokongan 8-band Parametric Equalizer (PEQ) dalam aplikasi FiiO Control. Ciri ini memberikan pengguna kebebasan untuk mengubah talaan asal IEM dengan lebih terperinci seperti mengubah gain dan nilai Q.

Dengan adanya cip DSP, data talaan yang ditetapkan dalam aplikasi akan disimpan dalam kabel ini. Jadi, tidak perlu untuk membuka aplikasi FiiO Control setiap kali pengguna ingin menggunakan talaan yang ditetapkan.

Berbanding aplikasi MOONDROP, aplikasi buatan FiiO jauh lebih stabil dan kerap menerima kemas kini firmware.

Kekurangan:

Harganya adalah paling mahal dalam senarai ini. Kiranya produk ini tiada kekurangan, setakat saya membuat kajian. Cuma, apa yang saya boleh kata, ciri PEQ bukan untuk semua kerana ia memerlukan sedikit ilmu penalaan untuk melakukan pelarasan secara terperinci.

Harga FiiO LS-TC2 di Malaysia

Kini, anda tahu tentang kabel IEM USB-C bawah RM100. Tetapi, diingatkan untuk membuat kajian mendalam sebelum membuat keputusan, dan boleh sahaja “Tanya Wiser” di bahagian bawah sebelah kanan halaman ini jika anda perlukan bantuan.

Berkaitan

  • 4 IEM Terbaik Bawah RM100
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BSN Ganti SMS OTP Dengan BSNSecure Mulai 15 Disember
  • Kelemahan iOS "worse_query" Boleh Dedahkan Data Aplikasi Lain, Apple Belum Sahkan Pembaikan
  • Samsung Lancar SSD Mudah Alih Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM1,170 Hingga RM9,300
  • Claude Kini Ada Sheets Dan Whiteboards, Anthropic Bersaing Dengan Microsoft Dan Google
  • Nvidia Dan Jensen Huang Kini Berdepan Saman Selepas Isu Hubungan Sulit
  • Infinix Lancar Komputer Riba Pertamanya Di Malaysia, XBOOK 14 Neo Bermula RM2,199
  • Pengguna Claude Pro Boleh Guna Fable 5.2 Tanpa Caj Tambahan Sehingga 17 November
©2026 WISER.MY