"Pencetak PIXMA yang baru ini membawa sentuhan yang menarik untuk menjadikan rumah anda sebagai ruang percetakan bahan kreatif. Banyak ciri baru yang tersedia dalam siri ini yang akan memberi kuasa kepada pengguna dengan percetakan berkualiti tinggi", kata Sandy Lee, Ketua Sistem Produk Pengguna di Bahagian Pemasaran Canon Malaysia.
PIXMA TS8370 - (RM869)
Pencetak foto 6-dakwat yang bergaya dan kompak ini boleh didapati dalam warna merah, putih, dan hitam. Ia juga penuh dengan ciri terunggul dan kualiti cetakan foto yang terbaik.
Ia dilengkap dengan paparan LCD skrin sentuh 4.3 inci yang digabungkan dengan suapan kertas dua hala menambahkan lagi kemudahan penggunaannya.Talam pelbagai fungsi yang tersedia juga membolehkan percetakan dilakukan pada DVD dan juga pelekat kuku yang direka khas.
PIXMA TS6370 - (RM699)
Pencetak foto dengan 5-dakwat ini pula didatangkan dalam warna biru gelap yang mempunyai kontras yang tinggi pada 1.44 inci paparan OLED, dan panel kawalan ergonomik cenderung membuat operasi pencetak ini menjadi mudah.
Apabila anda menekan butang kod QR pada panel operasi, ia juga akan memaparkan kod QR tersebut yang dapat diimbas oleh pengguna dengan menggunakan kebanyakan aplikasi kamera pada peranti mudah alih, yang akan membawa penjelasan dan panduan mengenai ciri utamanya.
Bar Status LED menghiasi bibir hadapan panel operasi dan secara intuitif menyampaikan maklumat tentang pelbagai operasi peranti, termasuk apabila status dakwat tinggal sedikit, pencetak mengalami kesesakan, pencetak sedang beroperasi, dan termasuklah saat percetakan itu selesai.
PIXMA TS5370 - (RM529)
Pencetak mampu milik ini hadir dalam warna Millennial Pink, Brilliant Green dan hitam. Seperti TS6370, pencetak ini juga menampilkan percetakan dua sisi automatik, suapan kertas dua hala, dengan kontras yang tinggi pada 1.44 inci skrin OLED, butang kod QR, dan bar status LED di bahagian depan.
PIXMA E3370 - (RM369)
Pencetak ini didatangkan dengan kelebihan penggunaan dakwat yang lebih jimat dan ia sesuai digunakan oleh pelajar dan kegunaan di rumah. PIXMA E3370 mempenyuai dua katrij dakwat yang boleh mencetak sehingga 400 dokumen monokrom dan 180 dokumen berwarna.
Keempat-empat pencetak terbaru Canon dilengkapi dengan butang tanpa wayar yang menghubungkan dan membantu dalam persediaan Wi-Fi. Boleh dapatkan ia di semua kedai Canon serta pengedar rasmi jenama tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari my.canon.
Berkaitan
- Pengumuman Tarikh Penutupan Siaran TV Analog Malaysia Bakal Dibuat Tidak Lama Lagi
- Honor Play - Peranti Dengan GPU Turbo Pertama Berlabuh Di Pangkalan Malaysia
- Realme Malaysia Raikan 4000 Peminat Di Night Of Frights
- RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia
- Vivo V15 Pro Versi 8GB RAM Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 20 April Ini
- Wira Baru Dari Malaysia Bakal Hadir Ke Permainan Mobile Legends : Bang Bang
- Pasangan Pengantin Viral Bakal Terima Hadiah Perkahwinan Daripada Honor Malaysia
- Pelancaran Siri Huawei Mate 30 di Malaysia 3 Oktober Ini
- Samsung Pay Dalam Bentuk Beta Tiba Di Malaysia