Cabaran Bahaya YouTuber Ragut Nyawa Kanak-Kanak Umur 5 Tahun

Satu insiden melibatkan sebuah kereta kecil dengan sebuah kenderaan SUV telah berlaku di Rom, Italy pada 14 Jun 2023 lalu.

Kemalangan itu mengakibatkan seorang kanak-kanak berumur 5 tahun maut selepas dilanggar SUV itu yang mana ketika kejadian SUV itu dipandu oleh sseorang YouTuber yang terkenal menerusi saluran YouTube nya, TheBorderline.

Apa yang memeranjatkan adalah menurut polis, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada YouTuber itu di mana ketika itu dia sedang membuat rakaman cabaran untuk saluran YouTube nya iaitu cabaran memandu tanpa henti selama 50 jam.

 

Lokasi kemalangan berlaku di laluan jalan dengan limit kelajuan 30km/j sahaja. Jenis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu pula adalah Lamborghini Urus yang dipandu oleh YouTuber tersebut, manakala kereta yang dinaiki kanak-kanak 5 tahun itu bersama-sama dengan kakak dan ibunya adalah Smart Forfour.

Ekoran itu, pemandu kenderaan termasuklah kumpulan YouTube TheBorderline itu kini menjadi sasaran siasatan polis atas sebab memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Di saluran YouTube TheBorderline pula memaparkan hantaran video yang menyatakan bahawa selepas tragedi itu, mereka menghentikan sepenuhnya aktiviti di saluran YouTube mereka dan memaklumkan bahawa video tersebut adalah mesej terakhir mereka.

https://youtu.be/lLs2siiVJeA

{suggest}

Sumber: showbizzdaily, unilad