Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD SEAL Dynamic Diperkenalkan, Kini Harga Bermula Dari RM163,800

BYD SEAL Dynamic Diperkenalkan, Kini Harga Bermula Dari RM163,800

Diterbitkan September 6, 2024 oleh ariff bukhari

Sime Darby Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, kini memperkenalkan varian baharu BYD SEAL Dynamic, sekaligus menawarkan lebih banyak pilihan EV untuk pelanggan di Malaysia.

BYD SEAL Dynamic juga melengkapkan barisan sedia adanya, varian Premium dan Performance. BYD SEAL Dynamic RWD menawarkan dua pilihan warna, iaitu Cosmos Black dan Aurora White.

Harga juga kini bermula dari RM163,800 dengan tawaran untuk 100 tempahan pertama varian BYD SEAL Dynamic akan disertakan dengan pengecas Wall Box Home percuma.

Selain itu, ia lengkap dengan pakej waranti yang komprehensif, termasuk waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000km, waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km, dan waranti unit pemanduan selama 8 tahun atau 150,000km.

BYD SEAL Dynamic
Varian Dynamic menawarkan jarak pemanduan 510 km mengikut kitaran NEDC.

Di majlis pelancaran yang sama, model BYD ATTO 3 baharu yang dipertingkatkan turut diperkenalkan.

Antara beberapa ciri baharu dimuatkan termasuk saiz bateri yang naik taraf kepada 60.48 kWh, memberikan jarak pemanduan kepada 480 km mengikut kitaran NEDC dan memperbaiki masa pecutan 0-100 km/j kepada hanya 7.3 saat.

BYD ATTO 3
Untuk 300 tempahan pertama BYD ATTO 3 yang baharu, pelanggan akan menerima Wallbox Home Charger, Pakej Perkhidmatan 3 Tahun, dan Cukai Jalan Percuma selama 4 Tahun.

Bagi anda yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat BYD SEAL Dynamic dan BYD ATTO 3 yang baharu, kunjungi bilik pameran BYD terdekat atau lawati Stadium Nasional Bukit Jalil, tempat Letak Kereta B, dari 6 hingga 8 September 2024.

Pengunjung ke Tempat Letak Kereta B di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh menikmati promosi eksklusif. Tempahan BYD SEAL dan BYD DOLPHIN yang dibuat semasa acara dari 6 hingga 8 September serta menerima kredit pengecasan RM800 secara “siapa cepat dia dapat”, dan juga berpeluang untuk memenangi BMW CE 02 Motorrad dengan tempahan yang dibuat semasa acara tersebut.

Sumber: Siaran media Sime Darby Motors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • GXBank Turunkan Kadar Faedah Harian Bermula 1 Oktober 2024

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY