Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari bumi

Bumi Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dengan Matahari Hari Ini

Diterbitkan Julai 5, 2024 · Dikemas kini Julai 5, 2024 oleh ariff bukhari

Pada hari ini, 5 Julai 2024, Bumi akan berada pada kedudukan paling jauh dari Matahari bagi tahun 2024 ini.

Walau bagaimanapun, tiada dinyatakan secara jelas bilakah masa fenomena yang dikenali sebagai “Aphelion” itu berlaku pada hari ini.

Ketika Aphelion pada tahun ini, jarak Bumi dengan Matahari adalah sejauh 152,099,968 km. Berbanding 7 Julai 2023 dahulu, jarak Bumi dari Matahari semasa Aphelion adalah sejauh 152,093,251km.

Bumi Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dari Matahari Jumaat Ini
Rajah di atas memaparkan fenomena perihelion dan aphelion yang berlaku pada tahun 2023 lalu. Secara purata, jarak antara Bumi dan Matahari adalah 150,000,000 km.

Selain daripada fenomena Bumi di aphelion, satu lagi peristiwa menarik yang akan berlaku dalam bulan Julai tahun ini adalah fenomena Bulan  berada pada titik paling jauh dari Bumi (Apogee) iaitu pada 12 Julai 2024, hari Jumaat jam 4:12 petang (waktu Malaysia).

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Bulan Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dan Dekat Dengan Bumi Julai Ini

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY