Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi Minggu Hadapan, Kelihatan 7% Lebih Besar Dari Biasa

Bulan Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dan Dekat Dengan Bumi Julai Ini

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, Bulan akan berada pada titik paling jauh dari Bumi (Apogee) pada 12 Julai 2024, hari Jumaat jam 4:12 petang (waktu Malaysia).

Jarak antara Bulan dan Bumi ketika itu dianggarkan sejauh 404,363 km. Jadi, ketika ia mencapai titik paling jauh di sepanjang orbitnya ke Bumi, Bulan akan kelihatan lebih kecil sedikit daripada masa lainnya.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Stesen Angkasa Antarabangsa Akan Dilupuskan, NASA Bayar SpaceX RM3.9 Bilion

Pada Julai ini juga, Bulan akan berada pada titik paling dekat dari Bumi di orbit yang dikenali sebagai Perigee di mana pada ketika itu, jarak antara Bulan dan Bumi adalah sehampir 364,914 km.
Fenomena itu akan berlaku pada 24 Julai 2024, hari Rabu, jam 1.43 petang. Pada ketika itu pula, Bulan akan kelihatan sedikit lebih besar dari kebiasaannya.

APOGEE DAN PERIGEE BULAN
Bulan Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dan Dekat Dengan Bumi Julai Ini
Ilustrasi di atas adalah berdasarkan imej kapal angkasa Galileo yang menunjukkan perbezaan anggaran dalam saiz jelas antara bulan purnama di perigee (titik terdekat dalam orbit bulan, digambarkan di sebelah kiri) dan bulan purnama di apogee, titik paling jauh dalam orbit bulan. Sumber: NASA

Cuma, pada tahun ini, mungkin kita tidak berpeluang menyaksikan fenomena ‘Supermoon‘ kerana Bulan Penuh/Bulan Purnama akan berlaku lebih awal sedikit beberapa hari daripada semasa Bulan berada pada titik paling dekat dari Bumi iaitu pada 21 Julai 2024, jam 6.19 petang.

Bulan Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dan Dekat Dengan Bumi Julai Ini
Contoh fenomena ‘supermoon’ yang berjaya dirakam ketika ia terbit berhampiran Memorial Lincoln di Washington.

Supermoon akan berlaku apabila orbit Bulan berada paling hampir (perigee) dengan Bumi dan pada masa yang sama Bulan penuh pun turut berlaku.

Sumber: NASA 1, NASA 2, Planetarium Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY