Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Bullet Train’ Dirancang Dibina Hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah

‘Bullet Train’ Dirancang Dibina Hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah

Diterbitkan Mac 31, 2024 · Dikemas kini April 4, 2024 oleh ariff bukhari

(Dikemas kini – Kerajaan Brunei menafikan penglibatan mereka dengan projek keretapi rentas Borneo ini).

Satu projek pengangkutan awam mega sedang dirancang yang akan menghubungkan penduduk kepulauan Borneo.

Memetik sumber dari laman Brunergy Utama Sdn Bhd yang mengumumkan projek Trans Borneo Railway (TBR) itu memaklumkan, projek itu akan melibatkan laluan keseluruhan sepanjang 1,620 kilometer.

Projek mega itu akan dilaksanakan dalam 2 fasa dengan fasa pertama akan menghubungkan Pontianak, Kalimantan Barat sehingga Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara fasa keduanya pula akan memasuki Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan Laluan Utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda, dan kemudiannya ibu negara Indonesia masa depan Nusantara.

Trans Borneo Railway
Trans Borneo Railway
Trans Borneo Railway

Brunergy Utama Sdn. Bhd menyatakan, secara purata, jarak antara hentian stesen adalah sejauh 150km dan 30 minit masa perjalanan dengan menggunakan keretapi laju yang mampu memecut sehingga 350km/j.

TBR akan menjadi tuan rumah empat terminal, berfungsi sebagai hab utama untuk pengangkutan massa, bersama-sama dengan dua puluh empat stesen meliputi seluruh pulau.

Kedua-dua laluan itu akan bersambung di daerah Brunei Tutong yang terletak di lokasi strategik yang berfungsi sebagai hab pusat TBR.

‘Bullet Train’ Dirancang Dibina Hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah

Diperbadankan pada 21 Oktober 2013, Brunergy pada mulanya dikenali sebagai Mumin Energy (B) Sdn Bhd dan beroperasi dalam sektor minyak dan gas.

Projek ini pertama kalinya dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam pada 2022 dahulu, sebelum ia diumumkan sekitar Jun 2023, selepas syarikat berkenaan mengadakan beberapa siri lawatan kepada kementerian berkaitan di ketiga-tiga negara.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Utusan Borneo, Brunergy Utama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY