Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bucky & Falcon Bakal Hadir Dalam Siri Baru Disney Tidak Lama Lagi

Bucky & Falcon Bakal Hadir Dalam Siri Baru Disney Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Oktober 31, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 31, 2018 oleh Haikel Areff

Dua watak adiwira yang berkait rapat dengan watak Captain America, Falcon dan Bucky(The Winter Soldier) dilaporkan bakal muncul dalam siri terbaru Disney tidak lama lagi. Perkara itu dilaporkan oleh Variety.

Bagaimanapun, ia adalah satu siri yang terhad kepada pelanggan perkhidmatan penstriman Disney sahaja. Disney dan Marvel pula masih mengambil pendirian untuk berdiam diri mengenai perkara ini.

Bucky & Falcon Bakal Hadir Dalam Siri Baru Disney Tidak Lama Lagi
Kredit: Den of Geek

Pihak Marvel juga didakwa telah melantik penulis siri Empire, Malcolm Spellman untuk mengendalikan penulisan jalan cerita siri itu nanti. Spellman mempunyai reputasi yang agak hebat sehinggakan beliau pernah dikaitkan untuk bekerjasama dalam satu projek dengan penulis Games of Thrones, D.B Weiss dan David Benioff, namun tidak ada perkembangan mengenai projek berkenaan.

Sebelum ini pernah muncul ura-ura mengenai satu siri mandiri bagi dua lagi adiwira, Loki dan Scarlet Witch juga akan dilaksanakan. Kedua-dua siri ini dijangka akan disiarkan selama enam hingga lapan episod.

Sekiranya laporan ini tepat, ia pasti akan membuatkan peminat siri Marvel seluruh dunia teruja. Ia juga pasti akan membantu Disney dalam mendapatkan lebih banyak pelanggan bagi perkhidmatan penstriman mereka selepas ini.

 

Sumber: Variety

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY