Seperti biasa, semakin dekat dengan hari pelancaran, semakin banyak informasi yang tertiris dikongsikan diinternet. Salah satu daripadanya adalah berkenaan dengan harga jualan peranti tersebut bagi pasaran Eropah.
Mengutip laporan dari laman WinFuture, harga bagi tiga model, P30, P30 Pro 128GB dan 256GB dikatakan telah diperoleh dari sumber yang dipercayai.
Bagi Huawei P30 (128GB) diletakkan pada nilai 799 euro (~RM3694), P30 Pro (128GB) 999 euro (~RM 4618), P30 Pro (256GB) 1099 euro (~RM5080) dan versi Lite pula dilaporkan pada harga 369 Euro iaitu sekitar ~RM1705 berdasarkan tukaran matawang asing semasa. Bagi variasi P30 512GB masih belum dapat dipastikan harganya.
Harga ini pastinya akan lebih rendah sedikit untuk pasaran tempatan, oleh kerana kadar cukai yang dikenakan di Eropah adalah lebih tinggi.
Dikhabarkan juga, P30 Pro bakal memakai skrin paparan AMOLED dari Samsung. Ia dijangkakan mempunyai sisi lengkung dan takuk yang lebih kecil daripada generasi sebelumnya, P20.
Informasi ini masih belum rasmi dan untuk itu, sama-sama kita nantikan maklumat sebenar pada 26 Mac 2019 nanti.
Sumber: WinFuture
Berkaitan
- HONOR Malaysia Perkenal Dua Peranti, Pra-Tempah Sudah Bermula Hari Ini
- TM Tawar Naik Taraf Kelajuan Dengan Tambahan RM10
- Samsung Galaxy J2 (2018) Sudah Mula Dipaparkan Pada Laman Web Rasmi Samsung
- TM Perkenal Pelan Internet UniFi Edu Dan UniFi eBiz, Harga Bermula Dari RM99 Sebulan
- Data Percuma 1GB Sehingga Hujung Tahun Bukan Untuk Media Sosial Dan Permainan
- Aplikasi Maybank Kini Hadir Dengan Fungsi Pembayaran Menggunakan kod QR
- Liga Super Malaysia Mungkin Berpeluang Diperkenalkan Dalam FIFA 20
- Facebook Kemaskini Fungsi Album - Kini Anda Boleh Simpang Teks, Status dan Check-In
- Huawei Senaraikan 42 Model Yang Bakal Terima EMUI 9.1
- Filem Animasi Super Mario Bakal Ditayangkan Pada 2022